Friday, November 13, 2009

Risau & takut....

Salam.....
Sudah lama tidak mengupdate blog ku ini, tapi masih belum bersawangkan...masih ok lagi, walaupun pos aku hanya satu untuk seminggu...Aku bukannya apa banyak benda yang nak ditulis, cuma tidak berkesempatan ..Bila kat ofc tue macam-macam bendalah nak buat pasal keja, bila dah balik umah banyak pulak benda yang nak disettlekan...Fb pun aku dah tak seaktif dulu, dah jarang berbanding dulu...
Sebenarnya apa yang nak aku kongsikan bersama ini tidak ada kaitan dengan sesiapapun..Terlebih dahulu aku ingin memohon jutaan maaf sekiranya aku ada berbuat salah dengan sesiapa saja.Terkasar bahasa sama ada secara sengaja mahupun tidak sengaja.Terutama kedua orang ibubapaku, adik beradikku, sedara-mara ku,anak-anak buahku, kawan-kawanku serta sesiapa saja yang mengenali diriku. Aku hanya manusia biasa yang tidak lepas dari membuat kesalahan dan kesilapan, bagiku aku seperti bayi yang baru lahir..belajar dan terus belajar...Sekiranya aku membuat kesilapan tegur dan bimbinglah aku...
Cerita ini tidak ada kaitan dengan sesiapa pun...
Seperti biasa semalam lepas habis kerja aku pulang umah, bila aku nak bagi Mickey makan aku tengok, habis pulak makanannya..lepas aku mandi n bersiap-siap akupun start keta nak pegi beli makanan..Sian pulak kat mickey..takut esok aku x sempat lagi nak pegi beli...so akupun pergilah beli dikedai yang selalu aku kunjungi..Dalam perjalanan aku diekori oleh kereta yang tidak aku kenali..Semakin rapat kereta itu mengekori aku dari belakang..dan kemudian seiringan dengan kereta aku..Sudah ler asyik membunyikan hon..aku yang dalam keadaan takut tidak ler sempatnye nak ambik no plat kereta..Aku tidak tahu apakah motif sebenarnya...Tidak kiralah apa saja kesalahan yang dilakukan olehnya, aku maafkan dan begitu jugalah dengan aku...Setahu aku, aku manalah ada musuh kat sini..Ntah ler..kekadang kita tak tahu apakah niat seseoarang itu...Cuma lepas nih aku akan lebih berhati-hati..kena pasang bodyguard nih nampaknya..hahahah.

Saturday, November 7, 2009

Buah Dabei....

Salam semua....

Kat sini nak aku syer sejenis buah yang menjaadi kegemaran orang-orang Sarawak, tapi ada jugak orang Sarawak yang x pandei makan..Buah Dabei namanya, tapi buah nih famous kat Sibu..Aku hanya tahu nama buahnya saja, pokoknya x pnh aku tgk..Maybe 1 hari nanti berpeluang untuk tengok...Member aku cakap buah nih lebih sedap kalau dimakan bersama nasi panas..Aku belum penah try lagi, cuma aku penah try makan begitu saja..





Inilah buah dabei tue, sekali pandang ada gak nampak cam buah kurma...warnanya coklat kehitam-hitaman....









Ini adalah buah dabei yang telah dijeruk kicap, aku tengok member aku suka betul makan macam tue saja, aku ada gak try, rasanya lemak-lemak..cuma biji nya yang besar, isinya ok lah..Bagi aku, x adalah istimewa sangat..Aku x nak cakap apa, takut 1 hari nanti aku pun jadi suka pk..So sape nak rasa bolehlah datang sarawak. Tapi buah ni pun bermusin jugak..Oh ye, ada satu lagi cara nak makan buah nh, iaitu masukan dalam air suam dan terus boleh dimakan..secara luaranya buah nih kulitnya keras..so untuk melembutkanya dimasukan dalam air panas dan masukan sedikit garam...Cubalah...tak cuba mana nak tau kan...

Thursday, November 5, 2009

Rencah Hidup....

Salam...

SELamat datang bulan November...Pejam celik jer kita dah tak sedar tahun 2009 akan berlabuh tidak lama lagi..Maka akan menjelmalah tahun yang baru..Bagi aku tahun baru ataupun tahun lama, sekiranya diri sendiri tidak berubah maka tidak perlulah mencanangkan azam di tahun baru...For me, apa yang penting biarlah kita mengubah diri sendiri agar lebih baik dari tahun2 sebelumnya..

Pejam celik juga sudah hampir 1 tahun aku berada di Sarawak...Thanks to all my friends yang banyak bagi tunjuk ajar pada aku dan banyak tolong aku kat sini..Pengalaman baru yang aku dapat bila berada di sini..Kenapa aku memilih Sarawak, sedangkan semenanjung sendiri ada tempat untuk aku bekerja..Ramai kawan-kawan aku yang bertanya, dan juga family aku sendiri menyuarakan pendapat agar aku tidak datang bekerja di Sarawak..Jawapan aku mudah saja, aku ingin menimba pengalaman di tempat yang baru serta suasana yang baru..

Sejak dari zaman sekolah lagi, aku sudah belajar erti untuk hidup berdikari sendiri, walaupun aku anak bongsu dalam family..Kata orang bila anak bongsu nih, asyik nak duduk dibwh ketiak mak..Tapi aku masih ingat lagi waktu aku di tingkatan 4, aku beria-ria untuk masuk kesekolah beasrama..walaupun waktu itu, tiada kekosongan untuk masuk..Aku tetap berdegil dan keras kepala..sehinggakan 2 hingga 3 kali mak dan ayah aku naik turun sekolah untuk mendapatkan kekosongn untuk asrama..Akhirnya aku berjaya juga untuk tinggal diasrama, walaupun hampir 2 minggu aku menetap di rumah sewa yang berhampiran dengan sekolah aku..First time berjauhan dengan family, memang aku terasa sangat..hampir setiap hari aku akan menelefon mak, walaupun hanya dapat mendengar suaranya sahaja, berjaya mengubat rindu aku padanya..


Selepas aku menamatkan zaman persekolahan, aku menyambung pengajian di Shah Alam..Zaman persekolahan adalah zaman yang paling indah dalam hidup aku..Selepas menamatkan pengajian, aku bekerja sebagai guru sandaran. Walaupun apa yang kita nampak kerja sebagai guru adalah kerja yang mudah, keluar pukul 7 balik pukul 2..TApi bila aku merasa tugas sebagai guru sangat mencabar..Terpaksa melayan kerenah pelajar-pelajar yang berbagai kerenah..Hari-hari akan diduga dengan berbagai-bagai masalah dan cerita..Tapi tugas sebagai guru berjaya mematangkan dan mendewasakan lagi hidup aku..Banyak benda yang aku belajar dari tugas aku sebagai seorang guru..

Hampir 2 thn aku menjadi guru sandaran, dan barulah aku berhijrah ke Kuala Lumpur..Bekerja di sebuah company. Aku tdk bekerja didalam bidang aku, aku lebih cenderung didalam bidang mekanikal, banyak benda yang dapat aku belajar disini, bagi aku kemahuan adalah benda yang utama, barulah diikuti dengan minat..Bayangkan aku berjaya belajar mengenai mesin-mesin dan juga spare part untuk mesin-mesin untuk padang..

Selepas hampir 1 thn lebih, aku mendapat kerja baru di JKR Selangor..disinilah baru aku betul-betul bekerja didalam bidang aku sendiri..Banyak benda yang aku pelajari disini..Mendapat bos yang begitu memahami akan pekerjanya..Tidak pernah memilih bulu, walaupun kerja banyak tetapi dapat bekerja dalam suasana yang gembira dan tidak tertekan..Mungkin kerana aku berada di Jabatan Teknikal sendiri..Terima kasih kerana banyak benda yang dapat aku belajar di sini..Dari aku tidak tahu apa itu a sehinggalah aku berjaya menghafal sehingga abjad z...


Dari Jkr lah aku merantau ke Sarawak..tempat baru, suasana baru, serba serbi baru..Walaupun aku sudah biasa berjauhan dengan keluarga, tetapi kerinduan pada keluarga tetap tak dapat aku lupakan..Hari-hari family aku menelefon aku disini bertanyakan khabar...itu belum aku merantau ke luar negara lagi..Timbul jugak keinginan untuk merantau ke luar negara pulak lepas nih...Bekerja disini tidaklah semudah yang disangka..Mungkin ini bukanlah jabatan yang sepenuhnya diisi oleh bahagian teknikal..JAdi serba serbi baru..Sehingga sekarang aku masih belajar dan terus belajar..Semoga aku diberikan kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang...Amin...

Friday, October 30, 2009

Sejenak bersama.....

Salam....


Kesibukan dengan tugas di ofc membataskan aku untuk menulis blog..Aku semakin sibuk dengan tugas-tugas harian di ofc..Sehinggakan sudah tidak ada masa untuk diri sendiri...Rumah aku sendiripun dah semakin bersepah-sepah disepahkan oleh mickey..mana tak nye..hari minggupun kena kerja, dah lah kerja sampai malam..Hai...nasib badan...Sekarang sudah masuk bulan 11, pejam celik jer aku rasa sekarang nih..Masa begitu pantas sekali...LAgipun sudah hujung tahun, so banyak benda yang nak disettlekan...
Tugas di ofc seperti biasa, cuma apa yang nak aku kongsikan bersama ialah tugas sebenar setiap dari kita di ofc masing-masing..Adakah tugas itu betul-betul dilakukan oleh kita, ataupun melebihi dr tugas kita..Tepuk dada tanya dr sendr..Apa yang dilakukan oleh kita dari pukul 8pg sehinggalah 5ptg..Adakah sibuk membuat kerja ataupun sibuk buat-buat kerja...Sibuk ber Facebook,ym,flixster,frdster ataupun sibuk menulis blog..
Bagi aku tak salah sekiranya perbuatan diatas dilakukan asalkan tidak melalaikan dan melekakan diri sendiri...Tahu menghabiskan tugas dahulu barulah sibuk ber facebook..Kekadang aku merasakan alangkah baiknya sekiranya bekerja sebagai seorang cleaner, destpatch, PAR..dan sebagainya..yang tidak perlu bersusah payah berfikir..Cukup bulan terima gaji.
So...apa yang pastinye...tepuk dada tanya diri...Apakah gaji yang kita dapat tiap-tiap bulan adalah berbaloi-baloi dengan kerja yang dilakukan..ataupun hanya makan gaji buta...RENUNG-RENUNGKAN DAN FIKIR-FIKIRKAN...

Sunday, October 25, 2009

kerja di hari minggu

salam... sudah sekian lamanya blog aku ini tidak diupdate,bukanya aku tiada entry yg menarik,cuma kesibukan masa yang membataskan aku untuk menulis..sejak dua menjak ni,kehidupan aku agak bz dgn tgs harian di ofc, tambahan kp baru akan dtg..so kenala keja lbh masa, aku tdk kisah sekiranya bekeja lbh masapn,walaupun tdk pnh claim utk keja lbh masa,cuma apa yg nak aku kongsikn bersama ialah sistem pengurusan dan pentadbiran di agensi haruslah betul dan bersesuaian dgn agensi itu sndr.Hebat sgtkah seorang yg berjawatan besar.bg aku,Berjawatan besar manapn tapi tdk pandai bekeja x ada gunanya jg, hanya pandai mengampu serta mengarah itu dan ini pd org bwhn..tapi tdk pnh mengambil tahu atau membela pekeja bwhn..renung2kan bersama..continue tomorow

Friday, October 16, 2009

Heppy Besday...

Salam n gd morning..

Alhamdullilah...SELAMAT HARI LAHIR YG KE......untuk diri sendiri dan juga untuk anak-anak buah ku yang sama tarikh lahirnya dan sama bulan dengan aku..masih lagi dapat bernafas dan sehat seadanya...

Semoga hari-hari yang mendatang, akan dapat aku harungi dan renangi serta hepy seadanya....Tanks to all my frends and semua kwn2 yang kasi hadiah, bear dan juga yang wish untuk aku.Tanks a lot..nampaknya tahun nie, tak ada sambutan besday seperti tahun2 yang lepas (aku dah celebrate awalpn)...Panjang umur n murah rzeki...Amin....

Kerja..oh...kerja

Salam....

Sudah lama rasanya blog tidak diupdate...Aku terlalu bz ngan keja dan juga rumah..Tak sampai 2 minggu aku pulang berhari raya dan kembali bekerja, aku dikerahkan untuk menghadiri mesyuarat di Putrajaya pula..Aku nih hanya menurut perintah sahaja...
Aku sebenarnya tak kisah sekiranya menghadiri apa-apapun mesyuarat, kerana sebelum inipun aku dah lali dengan mesyuarat yang selalu aku hadiri...Tapi aku cukup pantang sekiranya orang yang datang mesyuarat hanya sekadar untuk memenuhkan undangan ataupun sekadar datang mendengar omong kosong..
Apalah salahnya sekiranya menghantar seseorang yang dapat membuat keputusan ( tak salah kalau bos tak datang, tapi biar orang yg incharge dtg dan tahu pasal kerja) bukan hanya mendengar omong-omongn sj..
So..pikir-pikir kan....

Saturday, October 3, 2009

Selamat Datang Bulan Oktober


Selamat Pagi...


Selamat DAtang bulan Oktober dan Selamat Kembali Bekerja untuk diri sendiri...Apa yang bestnya bulan Oktober nih..Hehehe..nantilah bila tiba masanya akan aku ceritakan, apa yang istimewanya bulan Oktober nih..


Aku dah kembali bekerja seperti biasa, mak oi..banyaknya baucer-baucer atas meja...dah menjadi tanggungjawabkan, so janganlah mengeluh..Tapi kalau nak diikutkan hati nak jer aku berenti kerja,,Tension jer tengok benda-benda atas meja nih..Tapi masih lagi dapat kontrol diri nih..Kalau tak asyik nak marah jer..S.A.B.A.R..


Banyak beza kerja yang lama dan kerja yang baru skrang nih..Kalau dulu projek yang aku jg besar-besar, erga berjuta-juta..Lain masalahnya..Skrang nih projek kecik2, lain pulak masalah-masalahnye..Kalau dulu kontraktor-kontraktor yang bijak-bijak, berpendidikan tinggi semuanya..Skarang nih berhadapan dengan berbagai kerenah dari kontraktor yang memeningkan kepala..MAcam-macamkan..Cuma aku dah jarang turun site sejak kat sini..Mana taknye, banyak pulak baucer-baucer yang datang..Kalau yang datang nih semuanya perfect ok jugak..Tapi yang datang hampeh jer..manala tak pening kepala..Orang atasan pulak, x paham dengan kerja orang bawahan..Main arah jer..(tunggulah satu hari nanti aku jadi bos, aku pecat bos yang ada skrng nih)aku suka dengan cara bos lama tempat aku dulu..faham akan anak buahnya..dan sanggup dimarah oleh pihak atasan walaupun salah dari anak buah sendiri..macam ni lah baru bekerja dalam suasana gembira, walaupun banyak kerja..hahahhaa..



Oklah, dah x nak ceta pasal kerja lagi..Aku nak cerita pasal Mickey pulak...Lepas ambik mickey terus bwk balik umah..mandikan dia..sian kat dia..2 minggu tak jumpa aku..Bulu diapun banyak yang serabut..terpaksala aku gunting, buangkan..barulah comel..Mickey sekarang nih, dah makin lasak..Asyik melompat saja..x tau penat..tidorpun tak nak..asyik nak main jer..tue yang aku belikan bola biru kat dia..Makin sukalah dia..main sana sini ngan bola baru..


Monday, September 28, 2009

Balik Sarawak.....

Salam semua....





Selamat menyambut hari raya.. Setelah hampir dua minggu bercuti,dah sampai masa untuk kembali bekerja..Walaupun hati sedih meninggalkan kampung halaman tercinta, nak buek camnorkan..Dah namapun kerja..kenalah terima..Kalau tak manala nak datang duit..(bilalah nak jadi kaya raya nih)





Mak,Abah,k.chak,a.mad dan Afik hantar aku ke airport..Sedisnya...Flight aku pukul 4.40 petang tapi disebabkan perkara-perkara yang aku sendiri tak tau, flight aku delay 1 jam..lama la jugak menunggu kat airport ni ha..Selepas bersalam-salaman dan berpelukan aku terus masuk tanpa menoleh kebelakang, kang kalau aku pandang mak, abah n semua lagilah bertambah sedih, boleh nangis dibuatnya.Tue yang aku terus masuk.Bilalah dapat balik kampung lagi..

Kalau ada sesiapa yang nak sponser tiket kapal terbang, bolehla aku balik tiap-tiap minggu, kan best..Heheheh..

Sunday, September 20, 2009

SELAMAT HARI RAYA...

Salam....

Selamat hari raya Aidilfitri..Maaf Zahir BAtin...kepada semua yang mengenali diriku...Segala salah dan silap harap dimaafkan..so 0-0 ye...KAlau ada terkasar,terkutuk,tersinggung dan apa saja yang ter..secara sengaja mahupun tak sengaja maafkanlah..kita hanya manusia biasa yang tak lepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan....

Diharapkan Hari raya tahun ini akan bermakna dalam hidup semua..Amin...Panjang umur berjumpa lagi di hari raya tahun hadapan...

Sekian..Wassalam..Raya jemput datang umah...Jgn lupa duit raya sekali....Adios...

Friday, September 18, 2009

Telok Tempoyak...

Salam..I'am back to my hometown...Flight aku smpai pukul 4.30ptg..terus gi cari tempat nak berbuka puasa..So jumpa ar kat Telok Tempoyak..Tengok ramai betul orang..Ingatkan dah tak ada tempat kosong..Ushar2 ada ar kosong..So apa gi, lepak lah sebelum dikebas orang..so tgklah makann yg diorder oleh aku n along..PAling aku nak makan ialah kerang bakar..So dapatlah makan..





kyusuk bebenor makan ha,sampai tak pandang org kiri kanan..






ada ketam,ikan,sotong,udang,kerang,sayur,tomyam...







Erk..alhamdulilah..dah kenyang..best tempatnya pun tepi laut..










Wednesday, September 16, 2009

KeK Sarawak....

Ye..ye..Balik kampung..Oh..Oh balik kampung....sampai jugak kat bumi tercinta(selama nih aku dok bumi mana ha)...kekekkeke..Aku keja setengah hari nih,flght petang..masuk ofc pagipun dah tak ada mood nak keja..Dah mood nak beraya..Aku keluar dari ofc jam 1tgh..terus balik umah.Nak hantar Mickey lagi,kesian kat dia...Pas tue settle apa yang patut..Member aku hantar gi airport..Dah ar kena jadi bodyguard pk tue...Aku nih usahala ambik sit depan..haahahahha,last2 tukarla ngan dia, dah ar aku pk yg kena bwk beg dia..Skarang nih siapa yang maid siapapn tak tahula.hahhahah..(mem upah i jgn lupa)..

Berbalik kepada cerita kek sarawak, aku dapat 6 biji kek free thn nih..Mak oi...beratnya beg aku..Sampai nak patah bahu nih..Dah ar kena bwk beg maid lagi..Ish..ish...Kepada yang bagi kek kat aku tue..terima kasih banyak2 ye...thn2 akan dtg jgn lupa bg lagi...


Antara kek yang diberi oleh member,apa nama ntah lupa pk..





Tuesday, September 15, 2009

SakitNye.....

Salam...n Gd Morning...

Jam sudah menunjukan pukul 2.30pagi..Aku tak dapat tidor lagi, sakitnya rasa..Nak drive pegi klinik, rasa tak larat betul..Berdenyut-denyut pulak sakit nih..Letak minyak panas je la..Harap-harap lepas makan pankiller ok lah lepas nih..

Aku balik dari ofc agak lewat jugak 2-3 hari nih, nak settlekan keja-keja sebelum aku bercuti raya..Hari nih saja aku rasa, aku dah settlekan payment berapa k agaknya..Kalaulah separuh k tu jadi milik aku kan best...Hahahaha..Beranganla pulak..Bilalah nak kaya nih...Nasib baiklah semangat nak balik raya berkobar-kobar, bestnya..tak dapat digambarkan betapa aku nak balik kampung sangat-sangat...Ye lah last aku balikpun bulan 3..Dah lama gak tue..So balik nih nak makan macam-macam kat kampung, yang aku tak dpt makan kat sini,hahahhaha..k lah..bye...



Betapa bersserabutnya meja aku..Dah tak blh nak letak brg..



Aku dah bosan, Chek baucer....Sakit kepala,sakit badan,sakit hati..semua sakit..Tension...

Sunday, September 13, 2009

Berbuka....Apa????

Salam...

Dah tak sabar rasanya nak balik kampung..Berbuka bersama-sama family aku..Sabar, tinggal lagi 3 hari je lagi aku nak balik kampung..Ok lah tinggalkan cerita pasal kampung..Nih aku nak cerita pasal makan-makan lagi..Semalam aku ngn 2org member rancang nak berbuka diluar.Da
lam pukul 3ptg member aku yang sorang nih hantar msg ckp x jadi..So cancel je la.Akupun memang dah kat luar waktu tue, settlekan beli kek lapis lagi yang diorder..Ramai betul orang yang beli kek kat situ..Sampaikan nak jalan kat dalam pun terpaksa tunggu..Lepas jer aku settlekan apa yang patut, dalam pukul 6ptg barulah aku sampai umah, baring-baring jap depan tv..terus tertidur..dlm kul 6.20 member aku call ajak berbuka diluar..Aku nih yang memang lapar tak makan lagi..on je la..Ajak member yang lagi sorang, tapi dia malas pulak..Ok lah, 2 orangpun on je la...Pegi lah makan seafood kat Rock2 seafood (rasanyala)..So,nikmatilah gambar-gambar kat bawah nih..





Tengah tunggu nak makan apa pk nih...



Ikan masak steam..


ketam masak cili,Udang goreng butter,Japenes tauhu..


Selamat Berbuka....



Thursday, September 10, 2009

Aksi....

Hallo semua....



Nampaknya entry aku minggu nih adalah mengenai buah hati aku, x pun pasal aku nak balik kampung...Biasalah kan...Mickey skarang nih dah tak nak duduk dalam umah dia, asyik nak keluar main jer..sampaikan aku nak masuk dlm toiletpun dia nak ikut..Dia tak tau toilet tue apa..Malampun tak nak duduk dalam umah dia, mana la boleh..Kalau aku bawak tidor ngan aku,mula lah nak lompat sana sini..Camnerla aku nak tido..X tidola jawabnya syik main ngan dia jer..











Tengoklah aksi-aksinya..comel sgt..











nak duduk kat atas tilam jer..kat bawah tak nak..


Wednesday, September 9, 2009

Balik Kampung

salam....


Entry kali ini, adalah berkenaan tentang balik kampung...Yahoooo....minggu depan dah nak balik kampung..Bestnya...Apa kena mengena ngan gambar kucing kat bawah ni pulak kan..Sebenarnya ada sesapa yang sokong tak kalau kucing nih aku baawak balik kampung..sekiranya ada boleh lah vote lepas ni..Tapi aku rasa kalau bawak balik kampung sure kesian kat kucing nih..(habislah fahim buli dia nanti)....









Inilah sebenarnya gambar yang betul..Minggu depan aku dah balik kampung...So sesapa yang nak order Kek lapis Sarawak, last adalah minggu depan...Akan ambik order selepas raya lah pulak ye....So tunggula je lah orang kampung kepulangan aku..b







Monday, September 7, 2009

1 Malaysia

Hai.. Ni lah buah hati aku yang baru...Comelkan, cute sangat..Namanya Mickey..Ganti nama kuching aku yang mati dulu..Baru 3 bulan umurnya..Asyik nak main jer kejanya..KAlau dah tension keja kat ofc, bila balik umah, main-main ngan dia, hilangla tension dan piki pasal keja..Sebenarnya dah lama aku bela dia, tapi lupa pulak nak story..Minggu depan, lama la pulak rasa nak tinggal dia, bila balik kampung...Kuching persian nih..Haruslah dijaga dengan sebaik-baiknya...



Comel kan,asyik nak ajak main jer kejanya..






Yang ni pulak adalah gambar waktu aku keluar hujung minggu tadi...Bendera semua negeri Di dalam Malaysia...Harap-harap MAlaysia akan aman selamanya..Amin...
So itu jelah entry untuk hari ini..Sekian terima kasih...

Wednesday, September 2, 2009

Tolong Menolong

Salam..everbody.....

Sudah masuk bulan september..sudah tinggal suku thn saja lagi untuk kita mengakhiri tahun 2009..Apa yang sudah aku capai untuk tahun 2009 ni...Rasanya banyak yang sudah aku capai, walaupun bukanlah mencapai azam yang aku inginkan..Tiap-tiap tahun azam pasti akan berubah,tapi dapatkah kita mencapai target azam yang kita inginkan, tepuk dada tanyalah selera...

Sebenarnya kat sini aku nak berkongsi cerita yang aku lalui malam tadi, waktu aku melalui jalan di Satok nih, aku berenti sekejap kat sebuah bank yang terkemuka kat Sarawak nih (tiru bahasa buku)Apa yang sedihnya ialah ada seorang budak lelaki sedang menjual sayur sawi dan juga cili api..Apa yang menyayat hati ialah aku tengok bajunya lusoh,kemudian datang seorang kakak bertanyakan pada budak lelaki nih.."kitak udah sungkei kah"maknanya dia tanya budak nih dah bukak puasa ke belum..Budak lelaki nih menggelengkan kepala tanda belum..Sedihnya aku tengok..Mana peginya mak bapak budak niih..Bersekolah kah dia,kat mana tempat tinggal dia..

Moral story yang aku nak kongsi bersama ialah..Selama nih aku tidaklah menggalakkan sekiranya, kita memberi sedikit derma kepada pengemis jalanan di Ibu Kota, kerana mereka ini mempunyai agen-agen yang akan mendapatkan duit mereka..Tapi hari baik bulan yang baik nih, apa kata sekiranya kita memberikan sedikit sedekah,derma yang tidak seberapa kepada mereka yang memerlukan..mungkin dari derma yang tidak seberapa itu dapatlah mengurangkan sedikit beban kepada mereka yang memerlukan.Dalam kita sibuk bergembira, masih ada orang diluar sana yang memerlukan pertolongan dari kita.Bagi aku, lagi banyak sedekah yang diberikan lagilah pintu rezeki akan terbuka..Tak salah walaupun hanya 1rgt didermakan...Renung-renungkan dan selamat beramal....

Sunday, August 30, 2009

MeRdEKa...MeRdEkA...

Salam....Slamat pagi....







Jam dekat pukul 4 pagi, pesal la mata aku tak ngantuk2 lagi nih,hairan gak nak kata petang tadi aku tidur,mana ada aku tidurpun..Nak kata aku bangun lewat pagi tadi, tak jugak..awal gak aku bangun, haai la mata pesal tak nak tidur nih (agaknya dia suruh update blog kot)hahahahah..





Pejam celik dah dekat 9 bulan aku kat Sarawak nih..Cepat kan masa berlalu sekarang nih..Nih pun tak lama lagi nak raya..Persediaan raya.hmm cam biasa kot..tak de ar grant sgt..just tak sabar nak balik kampung jumpa parent..dah lama aku tak balik, last balik bulan 3 ri tue..Mesti diorang rindu giler kat aku,hahahha..kalau tak takkan ar tiap2 hari call..Tiket flght blm beli lagi utk raye nih..kalau habis tiket camner, dayung sampanla jawabnya..(ish mulut)





Dah melalut pulak, dari tajuk kat atas tue..31 Ogos 2009...Dah 52 thn kita Merdeka..Aku bersyukur kerana dilahirkan dinegara yang aman,makmur..Kalau nak dibandingkan dengan negara2 lain..kucar-kacir,berperang sana sini,perebutan kuasa..takut rasanya.Kalau kita tengok kat tv tue nak makan pun susah..Kita kat Malaysia nih makanan membazir.Tapi itulah hakikatnya..Alhamdullilah harap MAlaysia akan aman,makmur tiada demonstrasi,sejahtera hendaknya..Amin....Bagi diri aku senang jer, rakyat MAlaysia kat negara nih perlulah bersatu, tak mengira bangsa ataupun ugama barulah hidup akan harmoni..Apalah ada pada kuasa yang tak kan kekal selamanya..Yang menjadi korban, adalah rakyat semata-mata...







MERDEKA....MERDEKA...MERDEKA....





Wahai mata oh mata..cepatlah ngantuk..apa yang aku fikirkan..sampai tak ngantuk2 ni.MAsalahkah.??.Setiap orang ada masalah..dengan adanya masalah lah yang mematangkan lagi hidup kita..Barulah dikatakan dugaan hidup..."Life must go on"..So lepas nih biar kecik atau besar masalah yang datang harap-harap dapatlah disettlekan hendaknya tanpa menyakiti hati sesiapapun...(ada aku kisah)..

Tuesday, August 25, 2009

Tengoklah...

HAhahhahaha..mesto korang semua hairan..Apasal la ada gambar pinggan plak..Tak pe lah tengok jelah yea....Ni lah hasilnye bila gi Langkawi...














Camnor gambor burger king blh ado gak ni ha...bedal je la...benda-benda yang tak boleh dapek kek kuching...



camner bleh ada plak gambar anak buah aku...tengok je lah ye..




Ni adiknye..khusyuk bebenor...


p/s....Untuk anak buah aku yang akan ke Mesir tue..jaga diri lek lok kat sana...Blajar rajin-rajin..Duit raya tahun nih kira burn je la yea...Hahahahhaa..MAksu doakan sentiasa selamat hendaknya..jangan lupa update bloh selalu...nanti kita jumpa kat Mesir yea...


Masa....Oh...Masa

Salam semua...bloger2 sekalian alam..

Hahahaha..apa entry aku hari nih..Akupun tak tau sebenarnya..Dah lama x update blog aku nih..Aku tau ramai yang rindukan aku..Hahhaha..Sebenarnya banyak benda yang nak aku ceritakan kat sini..tapi sebab dah lama tak updatekan..so akupun tak tau apa aku nak tulis..Just baca je lah yea..Sebenarnya baru 2 hari aku sampai kat Kuching nih, hampir 3 minggu aku berada di semenanjung..Best rasanya, walaupun aku penat berkursus..Waktu berada di Langkawi tue lah paling penat sekali aku rasa..Sampaikan nak mandi n basuh bajupun x sempat.Tidor pukul 2-3 pagi bangun pukul 4.30 pg..Walau camner pun tetap best dapat ramai kawan baru..Cepat sangat masa berlalu, tup..tup dah dekat 3 minggu, terpaksa balik kuching...DAh masuk bulan puasa..x lama lagi raya..Kejap jer masa berlalu...






Sebenarnya x ada kena mengena ngan tajuk kat atas tue, nih sbenarnya katil bilik aku..Sajer nak tunjuk,,cantik tak..Harap-harap dapatlah aku tidur dengan jayanya lepas nih..Amin..(bolehlah cover tidur yang x cukup slama nih)






Ha,gambar yang kat atas nih pulak adalah gambar meja aku selepas 3 minggu aku tinggalkan..Rasa penat balik berkursuspun belum habis lagi..


Ni pulak gambar waktu aku stay kat cititel Midvaley..Cantikan..kreatif..



First skali, aku sampai di Kl ni lah minuman yang aku c..ari Floot...A&W..Pehhh..tercapai jugak hajat



Yang ni pulak nasi ayam Pak Mal..Dulu waktu aku keja kat Jkr Selangor..tiap-tiap minggu aku gi makan..Tanks Yang bawak gi makan..




Thursday, August 6, 2009

Langkawi..oh langkawi

Lupa plak aku nak ceritakan waktu aku berada di Langkawi minggu tadi..Penat sangatkan sampai lupa..Ni lah antara gambar yang sempat aku ambik..Naik kapal dan dapat lihat matahari terbenam..Memang best..selama nih pun aku dah penah tengok dah, tapi kat negeri lain..Skarang nih aku dapat lihat matahari terbenam dari atas kapal..Fuh..memang best..







ha..yang ni pulak macam tak percaya jer..Aku naik paracelling(payung terjun)dan ditarik oleh bot mengelilingi pulau..Aku kalau benda-benda macamnih aku tak takut sangat,berani ada..Tapi waktu nak mendarat tue, aku x dapat nak tarik tali kat belakang tue, alamat jatuh macam nangkalah, tapi nasib baiklah kaki tak patah, syukur..Pengalaman yang tak dapat dilupakan..



Ha,yang ni pulak adalah Pulau Dayang Bunting..Kan nampak tue macam orang tengah baring..Kuasa Tuhan kan..Ni pun adalah pengalaman yang tak dapat aku lupakan..Tanks kepada kawan-kawan aku, yang ikut serta ke Langkawi...

Wednesday, August 5, 2009

Penatnya....

Salam....

Nampak tajuk diatas tue...Betapa penatnya aku untuk 2,3 minggu nih..Mana tak nya..Penat balik dari LAngkawipun belum habis lagi..Jumaat nih aku akan terbang ke Kuala Lumpur pula..Seterusnya Hari Khamis akan terbang ke LAngkawi pulak..Beg aku pun belum sempat habis kemas lagi...

Barang-barang yang nak dibawak ke Langkawipun belum semuanya aku beli lagi..Hai, penatlah..Mana ngan ofc lagi..Sure aku balik dari ofc nanti lepas habis kursus lagila aku bertambah-tambah penat..(asyik sumpah seranah kontraktor je la hari-hari) nak lepaskan geram....hahahhahahaha....

Nampaknya hajat aku nak balik kampung, tergendala lagila..nak buek camnor dah namapun keja..aku dah pun booking hotel di kl, tapi nampaknya macam ada sesuatu je kat kl..Semua hotel penuh..tue pun aku hanya dapat masuk hari Ahad, nasib baik booking awal,kalau tak jawabnya aku tidor masjidlah...

6 hari aku akan berada di kl, dan 6 hari jugak aku akan berada di Langkawi (bolehla borong beli coklat lagi) kepada anak-anak buah aku yang nak coklat, tunggu raya lah maksu bwk balik, tue pun kalau ada lagi..Harap-harap dapatlah naik cabel car kali nih...


Doakan keselamatan aku di sana, jauhkanlah dari bahaya dan sebagainya...Amin...

Sunday, August 2, 2009

Langkawi...

Salam..

aku kan baru balik dari LAngkawi,so inilah hasilnya..Barang-barang yang aku beli di Langkawi..Penat memang lah penat gila..Kaki nih rasa macam nak tercabut jer..Aku beli kain batik utk K.pah..Coklat memang banyak lah..Minyak gamat..Nikmatilah gambar di bawah nih..



Kain bati dan kain pelikat




Coklat yang aku beli


Macam-macam ada



Rasa sayang jer nak makan.Sebab lain dari yang lain bentuknya




Boleh jual nih..Hahahhahaha




Wednesday, July 29, 2009

Dalam Kebingungan

Salam...

Petang tadi, lepas aku balik dari lunch, aku mendapat lagi satu berita yang betul2 membingungkan aku..Mana tak nya..Aku ada lagi satu kursus yang wajib dihadiri..
Apahal la bulan 8 nih, banyak pulak kursus-kursus...

Yang bestnya, esok aku akan terbang ke Langkawi...11hb aku ada kursus di Kl.. sehingga 13hb dan pada 13hb juga sehingga 17 hb aku ada lagi kursus di Langkawi lagi...Uit..Penat tau..Pas tue 12hb aku ada exam lagi..

Yang mana satu la aku nak pi nih..Dan yang pastinya semua kursus tue, penting pulak tue...Hai...nak buek camner nih..Apesal la buat kursus dalam masa yang sama nih..Terkejar ke sana -sini nanti..

X pe lah, nak buek camnor..terimalah seadanya..So untuk diri sendiri, selamat berkursus lah..Hahahahha

Monday, July 27, 2009

Atm Kad

Salam....

Alkisahnya, begini...Hari ahad tadi aku pegila maybank, ingatkan nak keluarkan duit...keluarkanla aku punya atm kad..Cucukla kad atm machine...Tapi Tertulisla "Kad anda tidak dapat diproses sila hubungi bank yang terdekat"...Aku tak puas hati, aku tryla pk kat atm len..Hmm, sama je..ni yang malas nih..Nak ambik duit pun susah..

So hari nih terpaksala pegi MAybank..untuk ambik kad baru..Lama juga lah baru settle benda tue..Dekat jam 11 barula aku sampai ofc...Nape la pihak bank tak ada cara lain..bila guna kad yang ada cip nih, so sensetifitinya adalah lebih tinggi untuk cepat rosak..Mana tak nya..macam-macam bank diambik duit..

So aku harap masa akan datang, adalah pihak yang dapat cipta satu lagi teknologi mengeluarkan wang dengan cara hanya menggunakan komputer sahaja.Skali klik, duit dapat keluar..hahhahahah...x mungkin ada teknologi macam tue...


p/s;sejak akhr2 nih malas pk nak upload gambar...so baca je la cerita nye k..

Saturday, July 25, 2009

Durian...Oh..Durian..

Sedapnya menikmati buah durian yang dah lama aku idam-idamkan..Akhirnya tercapai juga hasrat aku...2 biji aku makan sorang, habis plak tue..Kalau aku demam jawabnya isnin ni tak turun kejala..

Isinya pun ok,sedap...Cuma aku nak rasa yang isi kuning pulak..mesti lagi sedap, makan buah durian yang baru gugur..Pehh...caya lah..



3 biji semuanya....

Thursday, July 23, 2009

Laptop...

Salam...


Dah lama rasanya blog aku ni tak diupdate...Bz sangat2 kat ofc nih ngan kat umah..Almaklumla aku baru je lepas exam..PAs tue x masuk ofc seminggu(lbh kurangla), so keja pun banyakla yang nak disettlekan..Baucer lagi..Aku dah meluat tengok baucer tue, hari2 mengadap baucer..boleh tak bagi aku keja lain plak..Jadi boz kan best, mengarah orang bawahan jer yang buat keja..Hahahha..


Sbenarnya aku baru jer beli laptop baru, nanti aku update gambar, x sempatla nak update gambar..Hehehhehe..bila dah ada laptop nih bolehla settlekan keja kat umah..Untuk pengetahuan semua, minggu depan 30hb Julai 2009, aku akan terbang ke Langkawi, bestnya bolehla rehatkan fikiran skt..Sampai 2hb ogos aku akan berada di sana..


Bulan 8 nih pulak aku akan terbang ke Kl, aku ada kursus selama 3 hari..TApi bertembung pulak dengan aku punya exam..Nih yang susah gak nih..Tapi aku cadang-cadang aku nak tukar exam tue kat Kl..So tak ada masalahla nanti..Lama gak nanti aku kat Kl, seminggu lebih gak tue..kalau sempat nak balik kampung jap la..Dah lama x balik kampung...Rindu dah ngn kampung halaman tercinta....




Sunday, July 12, 2009

Perfume

Siapa nak perfume...murah-murah...Aku seperti tidak percaya aku mendapat semua perfume dibawah nih..beruntungnya..siapa yang bagi..HAhhahahaha..Rahsia.....






Aku rasa sampai 4 tahun lagipun perfume nih aku x habis-habis guna lagi...


Thursday, July 9, 2009

MaKaN LaGi...

Ni tengahari semalam makan seafood di muara tebas...Sedap gak ni..makan mengadap ke laut..bukan malam je blh makan seafood, tengaharipun dapat...




Dah habis makan..Kenyang semua..




ni lah pemandangan nya..


Ayam penyek tidak dilupakan..


Ni lah gambar udang yang kitorang makan sebelum nih..Tak lah mahal sangat..Memang murah..Kepada Kakak-kakaku di sekitar Kl dan juga yang berada di kampung, nak makan datang la sini..



Makan ....Bersiar2

Nikmatilah gambar-gambar makanan dibawah nih....Member aku datang dari Sibu, sebab kitorang ada exam kat Kuching..So banyaklah tempat-tempat makan yang dia nak pegi..Aku cuma bawak je lah...



Air kelapa muda..sedap betul nih..





Ikan kerapu Masak ala-ala Thai(lupa pk nama dia)sedap nih..favourite aku


Ikan terubuk digoreng kering..Ni pun sedap...



ketam masak cili



Udang yang belum dimasak...

Aku rasa dalam masa seminggu nih aku asyik makan seafood je, boleh dikatakan hari-hari makan seafood, maunya kolestrol tak naik..harus pegi chek lepas nih..kepala asyik peninh je nih..