Friday, March 19, 2010

Bekerja sambil becuti

Minggu lepas, aku ditugaskan untuk pergi ke Lundu, untuk chek rumah PBR...Tapi aku bukannya pergi seorang, tetapi lapan orang..dan dipecahkan kepada 4 kumpulan..kerana rumah yang kami perlu periksa ini sangatlah jauh...Aku bersama seorang lagi rakan aku, Hasnol, kawasan yang aku dapat sangatlah jauh, sehinggakan sampai ke sempadan Indonesia, iaitu kampung Biawak...Sangat jauh dan sungguh memenatkan...Tapi sudah dianggap biasa apabila berada disini...Perjalanan dari satu site ke satu site mengambil masa 1jam...Itulah yang memenatkan..Tetapi aku bernasib baik walaupun site jauh, tapi kerja yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh..BAyangkan hari pertama saja kami sudah dapat memeriksa 7 buah rumah dan hari kedua 9 buah rumah..Jadi hari yang seterusnya dapatlah merilekzkan diri dan hanya membuat report sahaja...



Pada hari pertama dan kedua dan ketiga kami menginap di Rest House, dan hari yang seterusnya apabila semua kumpulan telah menghabiskan semua rumah, kami berpindah ke Chalet di kawasan lundu juga, jadi dapatlah bercuti seketika dan dapatlah menghabiskan masa untuk beristirehat...Memang best...

Monday, March 8, 2010

Sakit ku kembali lagi....

Salam.....





Sudah sekian lamanya aku tidak membuka blog ku ini...Bukannya tidak ada cerita yang hendak ku kongsikan, tetapi sibuk ber fb hinggakan aku lupa untuk berblog...Aku akan cuba untuk merajinkan diriku unuk berblog selepas ini....


HAri ini aku tidak bekerja, mc hari ini...gara-gara semalaman langsung tidak menjamah makanan.membuatkan perut aku sakit pukul 2 pagi....Mula-mula sakit yang hanya sedikit, cirit-birit dan gastrik, berlanjutan sehingga pukul 6pagi, barulah aku dapat tidur sekejap...Aku gagahkan diriku juga berjumpa doktor, doktor menasihatkan aku agar tidak minum susu Uht dutch lady..Tetapi aku ni degil sikit, pada petang harinya teringin btl aku tgk susu tue dlm peti..terus aku minum, x banyakpun cuma 2 gelas jer..terus perutku meragam kembali...

Tekanan darahku juga rendah, doktor menasihatkan aku agar berehat untuk 2 ataupun 3 hari lagi....Hmm....bestnya...Banyakan minum air masak dan tidak melakukan kerja-kerja berat....