Thursday, November 5, 2009

Rencah Hidup....

Salam...

SELamat datang bulan November...Pejam celik jer kita dah tak sedar tahun 2009 akan berlabuh tidak lama lagi..Maka akan menjelmalah tahun yang baru..Bagi aku tahun baru ataupun tahun lama, sekiranya diri sendiri tidak berubah maka tidak perlulah mencanangkan azam di tahun baru...For me, apa yang penting biarlah kita mengubah diri sendiri agar lebih baik dari tahun2 sebelumnya..

Pejam celik juga sudah hampir 1 tahun aku berada di Sarawak...Thanks to all my friends yang banyak bagi tunjuk ajar pada aku dan banyak tolong aku kat sini..Pengalaman baru yang aku dapat bila berada di sini..Kenapa aku memilih Sarawak, sedangkan semenanjung sendiri ada tempat untuk aku bekerja..Ramai kawan-kawan aku yang bertanya, dan juga family aku sendiri menyuarakan pendapat agar aku tidak datang bekerja di Sarawak..Jawapan aku mudah saja, aku ingin menimba pengalaman di tempat yang baru serta suasana yang baru..

Sejak dari zaman sekolah lagi, aku sudah belajar erti untuk hidup berdikari sendiri, walaupun aku anak bongsu dalam family..Kata orang bila anak bongsu nih, asyik nak duduk dibwh ketiak mak..Tapi aku masih ingat lagi waktu aku di tingkatan 4, aku beria-ria untuk masuk kesekolah beasrama..walaupun waktu itu, tiada kekosongan untuk masuk..Aku tetap berdegil dan keras kepala..sehinggakan 2 hingga 3 kali mak dan ayah aku naik turun sekolah untuk mendapatkan kekosongn untuk asrama..Akhirnya aku berjaya juga untuk tinggal diasrama, walaupun hampir 2 minggu aku menetap di rumah sewa yang berhampiran dengan sekolah aku..First time berjauhan dengan family, memang aku terasa sangat..hampir setiap hari aku akan menelefon mak, walaupun hanya dapat mendengar suaranya sahaja, berjaya mengubat rindu aku padanya..


Selepas aku menamatkan zaman persekolahan, aku menyambung pengajian di Shah Alam..Zaman persekolahan adalah zaman yang paling indah dalam hidup aku..Selepas menamatkan pengajian, aku bekerja sebagai guru sandaran. Walaupun apa yang kita nampak kerja sebagai guru adalah kerja yang mudah, keluar pukul 7 balik pukul 2..TApi bila aku merasa tugas sebagai guru sangat mencabar..Terpaksa melayan kerenah pelajar-pelajar yang berbagai kerenah..Hari-hari akan diduga dengan berbagai-bagai masalah dan cerita..Tapi tugas sebagai guru berjaya mematangkan dan mendewasakan lagi hidup aku..Banyak benda yang aku belajar dari tugas aku sebagai seorang guru..

Hampir 2 thn aku menjadi guru sandaran, dan barulah aku berhijrah ke Kuala Lumpur..Bekerja di sebuah company. Aku tdk bekerja didalam bidang aku, aku lebih cenderung didalam bidang mekanikal, banyak benda yang dapat aku belajar disini, bagi aku kemahuan adalah benda yang utama, barulah diikuti dengan minat..Bayangkan aku berjaya belajar mengenai mesin-mesin dan juga spare part untuk mesin-mesin untuk padang..

Selepas hampir 1 thn lebih, aku mendapat kerja baru di JKR Selangor..disinilah baru aku betul-betul bekerja didalam bidang aku sendiri..Banyak benda yang aku pelajari disini..Mendapat bos yang begitu memahami akan pekerjanya..Tidak pernah memilih bulu, walaupun kerja banyak tetapi dapat bekerja dalam suasana yang gembira dan tidak tertekan..Mungkin kerana aku berada di Jabatan Teknikal sendiri..Terima kasih kerana banyak benda yang dapat aku belajar di sini..Dari aku tidak tahu apa itu a sehinggalah aku berjaya menghafal sehingga abjad z...


Dari Jkr lah aku merantau ke Sarawak..tempat baru, suasana baru, serba serbi baru..Walaupun aku sudah biasa berjauhan dengan keluarga, tetapi kerinduan pada keluarga tetap tak dapat aku lupakan..Hari-hari family aku menelefon aku disini bertanyakan khabar...itu belum aku merantau ke luar negara lagi..Timbul jugak keinginan untuk merantau ke luar negara pulak lepas nih...Bekerja disini tidaklah semudah yang disangka..Mungkin ini bukanlah jabatan yang sepenuhnya diisi oleh bahagian teknikal..JAdi serba serbi baru..Sehingga sekarang aku masih belajar dan terus belajar..Semoga aku diberikan kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang...Amin...

No comments:

Post a Comment