Showing posts with label Berjalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Berjalan-jalan. Show all posts

Thursday, June 4, 2009

Kampung Beradek...

Semalam aku pegi site kat kg Beradek..Untuk pergi ke kg Beradek nih aku dimestikan untuk menaiki perahu...aku ingatkan dekat jer naik perahu nih,rupa-rupanya hampir 1 jam jugak aku berada di tengah laut (rasa seram sejuk gak)...Mula-mula excited gak, tapi lama-lama bertukar jadi perasaan takut..ha ni nak cerita nih..dalam perjalanan tuh..terserempakla dengan sepasang Dolphin tengah dok lompat-lompat kat tepi perahu kitorang..ish bukan senang nak jumpa nih..mulanya aku nak ambik gambar, tapi member aku pesan agar jangan ambik dan jangan tegur..mungkin pantang larang bila berada ditengah lautan kot...Takut ada perkara buruk berlaku nanti...Di kiri kanan sepanjang memasuki muara sungai adalah hutan paya bakau..Member aku sempat menunjukan tempat banyak buaya tinggal..Ish rasa takut betul..nasib baiklah x de buaya datang kalau tak aku rasa memang pendek umurla jawabnya...dah la life jacket pun x ada, kalau apa-apa berlakula, aku rasa memang tak ada orang akan tau..(ish..moga-moga dijauhkan)...akhirnya aku selamat gak sampai kat kg Beradek tue...
Kalau x pandai berenang, habis nih....lemasla jawabnya...





Ni lah budak lelaki yang bawak perahu kitorang..berani betul budak nih..





perahu yang aku naiki...Kecik jer...muat dalam berapa orang je...



Wednesday, June 3, 2009

Hari Gawai...

Hari Isnin tadi adalah hari GAwai bagi penduduk Iban di Kuching ni....So aku pegilah beraya kerumah rakanku orang Iban...Jauh gak la..kat Serian...Lepas pegi Serian ingatkan nak Pegi Sri Aman (3 jam gak la dr Kuching) x jadi lah sebab dah penat sangat, lagipun perut semua dah kenyang...(sory la ye cristmas nantila pegi)



Ni antara makanan yang aku makan..dalamnya ada pulut makan ngan rendang ayam ataupun kuah kacang..






ni la rupa pulutnya...


antara makanan yang dihidangkan..sama macam hari raya gak..kuih muih..Tapi kuih sepet dan kuih loyangpun ada gak...


Pemandangan Sekitar Bandar Kuching

Cuti selama 4 hari , bestnya..boleh gak rehatkan otak..Aku ngn member aku cuma berjalan-jalan disekitar bandar Kuching..Ni lah keadaan gambaran bandar Kuching..Cuti 4 hari nih aku sempat menonton 3 wayang gambar yang terbaru..Syurga cinta,Monster Vs Alien dan Night at the Muzium II...ketiga-tiga cerita yang aku tonton tidaklah membosankan..semuanya best...Rasa macam nak tonton lagi sekali semua cerita tue...




Kalau malam pemandangannya lagi cantik...




Waterfront.....

Monday, May 11, 2009

Damai RAsanya...

Pagi hari minggu yang lalu, aku kepantai,pukul 7 pagi aku dah pun sampai..Dari pantai ke rumah aku x lah jauh sangat,jalan kakipun blh sampai, kalau kat sini pukul 7 pagi tu, kira dah lewat jugakla,sebab cuaca kat sini cepat panas..So oleh kerana tak nak panas,kitorngpun gerak awal..Sempat mandi manda kejap...Aku nih x berapa suka sangat mandi pantai,aku lebih suka air terjun..Lepas dah mandi manda, pegi makan pulak,Biasa ar, Laksa Swk ar..Apa lagi..Makanan kesukaan aku..


Kalau kat Kl susah nak cari pantai.

Sunday, March 29, 2009

Keja Gila

Hari sabtu yang damai..Member aku dari sibu sampai semalam..So aktiviti hari nih berjalan-jalan..Dia nak pegi main boling,so bawakla dia pegi main.Kat Kuching nih ada satu je tempat main boling.Sebab tue la ramai.Mainla 3 game.Penat jugakla.Tapi terasa puasla juga setelah seminggu penat bekerja,dapatla juga lepaskan geram kat pin tue..Padahal baru semalam je aku datang main boling..Lepas main boling je,berjalan-jalan di sekitar bandar Kuching..Member aku cakap dia nak shoping,Tapi x de la shopingpun.windowshoping je..Tak terasa pun tgk jam dah dekat pukul 9mlm..Tanya member aku,dia nak pegi mana lagi..So dia teringin nak makan kat Secret Recipe..So pegila bwk dia..Order kek la..Lepak-lepak jap..jam dah pukul 11.00mlm,Sepatutnya member aku yang dari Betong balik.Tapi disebabkan ada urusan lain dia tak dapat balik..Nak jadikan cerita,Keja gila kot kitorang berpakat untuk pegi Betong,Ambik dia..Perghhh,4 jam lebih perjalanan..Bertolak pukul 11.00mlm sampai betong pukul 4.00pagi..Penat tak terkatala..terus gerak dari Betong dalam pukul 4.15pagi..inilah rupa pekan Betong..Sampai Kuching pukul 9.00 pagi.Memang keja gila betul..Apa yang kitorang dapat..Ye kepuasan...


Kek yang diorder

Thursday, March 26, 2009

GeRAm VS MaRaH

Tak semua orang dilahirkan sempurna.Tapi dah tau lahir x sempurna janganla buat sombong,bongkak plak.Ish,ni yang buat aku marah nih.Peristiwa yang selalu sangat berlaku.Nasib baik pegi main boling smalam,boleh gak lepaskan geram kat pin tue,,Rasa macam baling kat muka diorang je.Hahahhaha..Kalau ikutkan hati, aku lagila boleh buat kat diorang,tapi aku bukan sejahat itu untuk berbuat sedemikian.Biarlah mereka sedar dan insaf dengan sendirinya.Tak pe lah setiap manusia tidak penah lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan.Kesilapan dan kesalahan itulah yang membuatkan seseorang lebih matang,tabah dan cekal dalam menghadapi onak dan duri kehidupan..Mbe hari nih hari diorang,mungkin satu hari nanti kebenaran dan keinsafan pasti akan datang jua.Ish tapi aku geram nih,nasib baik blog nih ada,bolehla aku meluahkan rasa tidak puasan hati nih.Rasa nak bakar je umah yang aku dok skarang nih(tapi nanti aku nak dok mana pk)hahhahaha..

Wednesday, March 25, 2009

BekERjA...

Salam..
Pagi-pagi pegi site, kat Lundu ngan semantan..Ni lah feri yang bwk aku..Sebenarnya ada meeteng ptg nih..Tapi pegi lawat site dulu sebab tue lah keluar pagi2..Byk tempat aku pegi,Penat bagai nak rak..Sampai ofc dekat kul 6.30..Malam x payah makanla..malas nak masak..zzzzzz...

Tuesday, March 24, 2009

CuCi RaMbUT....

Hari nih aku pegi cuci rambut..Dah lama rasanya kepala nih x dipicit-picit ngn urut (teruja gak tgk kakak aku g cuci rambut) tue yang pegi tue..Keluar dari ofc pukul 12.00tghari..Sampai je terus g cuci rambut..Best rasanya,macam nak tido je..Harga kat sini pun kira ok lah..Berpatutan dengan servis yang diberikan (kalau kat kl nih mesti 2x ganda mahalnya),so kalau sape2 nak harga berpatutan meh ar dtg cuci rambut kat sini..
Balik dari salon,g makan dulu..Apa lagi fastfood je la yang cepat dan senang...Lupa pk nak ambil gambar..hehehhehe..

Saturday, March 21, 2009

HaRi SaBtU....

Hai..Pagi-pagi aku dah terjaga,kul 4 pagi tuh..aku ingatkan kul 7 pagi,nasib baik aku x bangun g jogging(nasib baik tgk jam dulu td)kalau x mesti dah buat keja gila,mana da org jogging kul 4 pagi.Bila dah terjaga nih mulala x blh tido..Aktiviti hari nih ialah jalan-jalan cari makan...Member aku dari Betong datang smalam..so g jalan-jalan ngan dia la..

Ni lah kedai kat Pasar Satok..


Pasar Tamu

Aku g Satok jap,pekena apa lagi.Laksa Swk la..KAt Pasar Satok nih banyak gak brg2 yang murah,nak cari sayur,buah memang sesuai kat sini dibuka dari pukul 7 pagi hari sabtu sehingga jam 12.00 malam..Dan dibuka semula hari Ahad..Itu yang istimewanya kat sini..Nak beli Terubuk masin banyak la kat sini..

Monday, March 16, 2009

OraNg BaRu

Hari sabtu lepas,abang aku yang kat selayang sms bagi tau yang,kakak ipar aku dah selamat melahirkan seorang puteri..petang tue kami semua pegila kat spital Selayang.Sampai kat spital kakak aku yang kat Selayang dah sampai awal.(kakak aku kat bangi la ni lambat sangat)Lepas balik spital singgak kat Pak Tam gela Besar(lapar nih,dari pagi blm mkn)Aku pn order n.ayam(mcm Durrani pk)hahahhahaha.Lepas makan g umah k.tija..Lepak-lepak sambil tgk Af & bola