Sunday, June 20, 2010

Mickey.......

Salam......

Mickey makin membesar skarang nih, dan bertambah2 nakal...Pantang aku membuka laptop, mickeypun sibuk jugak bertenet...Sibuk untuk menekan keyboad aku..











Wednesday, June 16, 2010

Sarapan pagi....

Salam ......

Pagi-pagi masuk ofc dah ada member ajak makan laksa Sarawak..Perg..terbaik punya laksa yang aku makan kat sini.Memang sedap..yang lain dari yang lain sebab ada sambal sotong..itulah kelainannya...






Selepas dah habis makan....TAnk u pada yang belanja makan tadi..Moga murah rezeki dan blh blnja lagi..




Sunday, June 6, 2010

Bila tak ada kerja..............

Salam n selamat pagi....

Hari Isnin adalah hari yang sangat membosankan...Disebabkaan cuti yang panjang...Minggu lepas aku telah pulang kekampung, kebetulan cuti Wesak dan terus disambung dengan cuti Gawai...Alangkah indahnya kalau setiap bulan aku mendapat cuti yang sebegini...Bagaikan dunia ini aku yang punya, tidak perlu memikirkan urusan pejabat..Bersuka ria dan bersenang lenang sahaja dirumah..Tetapi mana pulak nak dapatkan duit..Ah, sekarang nih semua benda memerlukan duit, masuk toiletpun mesti berbayar, tidak ada benda yang free sekarang ni..
Berkisar tentang kampung pula, sudah agak lama aku tidak pulang kekampung, paling akhir adalah pada awal bulan.Waktu kenduri kesyukuranpun aku tidak pulang..Bukan senang untuk pulang kekampung sekarang nih..Kena fikirkan cuti yang panjang barulah dapat pulang ditambah dengan ongkos yang harus disediakan secukupnya....Dikampung aku seperti biasa hanya menghabiskan masa bersama kedua orang tua ku..Alhamdullilah kedua orang tuaku masih sihat seadanya...Kedua orang tua ku mendesak agar aku cepat berpindah ke Semenanjung...Sekejap jer aku rasakan sekarang ni dah hampir masuk 2 tahun aku bekerja di Sarawak, begitu cepat masa berlalu, pejam celik saja aku rasakan..Bermacam-macam suka dan duka aku lalui disini dari yang manis sehinggalah kepahit...aku mengenal erti seorang sahabat..Erti persahabatan dan erti persaudaraan disini...
Hari ini aku tidak keluar kemana-mana hanya berada diofc..Menyiapkan report yang harus dihantar dalam minggu ini..Apa yang nak aku kongsikan bersama ialah, sikap yang ada pada diri kita (selalunya org pompuan) apabila bertemu apakah topik perbualan atau perbincangan..Selalunya orang pompuan ni lah yang selalunya akan banyak dosa dari mulut..Ada sahaja topik perbualan dari si anu kepada si anu...Akupun bukanlah baik sangat, tetapi selalunya bila ada topik yang mengumpat pasal seseorang selalunya aku hanya mendiamkan diri sahaja..Hanya menjadi pendengar sahaja..Bukan tidak pernah aku suarakan pendapat, "biarkan sajalah ngan dia"..."Jangan jaga tepi kain orang"...Tetapi siapalah aku ini....bagi aku tidak salah berbual pasal seseorang, tetapi sekiranya hal yang diceritakan sudah melebihi apa yang benar, itu memang aku tidak suka..Hal sendiripun belum sempurna..Kita hanyalah manusia biasa..Semua orang melakukan kesalahan..tetapi jangan jaadikan kesalahan itu untuk menghukum seseorang....Fikir-fikirkanlah...