Monday, September 28, 2009

Balik Sarawak.....

Salam semua....





Selamat menyambut hari raya.. Setelah hampir dua minggu bercuti,dah sampai masa untuk kembali bekerja..Walaupun hati sedih meninggalkan kampung halaman tercinta, nak buek camnorkan..Dah namapun kerja..kenalah terima..Kalau tak manala nak datang duit..(bilalah nak jadi kaya raya nih)





Mak,Abah,k.chak,a.mad dan Afik hantar aku ke airport..Sedisnya...Flight aku pukul 4.40 petang tapi disebabkan perkara-perkara yang aku sendiri tak tau, flight aku delay 1 jam..lama la jugak menunggu kat airport ni ha..Selepas bersalam-salaman dan berpelukan aku terus masuk tanpa menoleh kebelakang, kang kalau aku pandang mak, abah n semua lagilah bertambah sedih, boleh nangis dibuatnya.Tue yang aku terus masuk.Bilalah dapat balik kampung lagi..

Kalau ada sesiapa yang nak sponser tiket kapal terbang, bolehla aku balik tiap-tiap minggu, kan best..Heheheh..

Sunday, September 20, 2009

SELAMAT HARI RAYA...

Salam....

Selamat hari raya Aidilfitri..Maaf Zahir BAtin...kepada semua yang mengenali diriku...Segala salah dan silap harap dimaafkan..so 0-0 ye...KAlau ada terkasar,terkutuk,tersinggung dan apa saja yang ter..secara sengaja mahupun tak sengaja maafkanlah..kita hanya manusia biasa yang tak lepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan....

Diharapkan Hari raya tahun ini akan bermakna dalam hidup semua..Amin...Panjang umur berjumpa lagi di hari raya tahun hadapan...

Sekian..Wassalam..Raya jemput datang umah...Jgn lupa duit raya sekali....Adios...

Friday, September 18, 2009

Telok Tempoyak...

Salam..I'am back to my hometown...Flight aku smpai pukul 4.30ptg..terus gi cari tempat nak berbuka puasa..So jumpa ar kat Telok Tempoyak..Tengok ramai betul orang..Ingatkan dah tak ada tempat kosong..Ushar2 ada ar kosong..So apa gi, lepak lah sebelum dikebas orang..so tgklah makann yg diorder oleh aku n along..PAling aku nak makan ialah kerang bakar..So dapatlah makan..





kyusuk bebenor makan ha,sampai tak pandang org kiri kanan..






ada ketam,ikan,sotong,udang,kerang,sayur,tomyam...







Erk..alhamdulilah..dah kenyang..best tempatnya pun tepi laut..










Wednesday, September 16, 2009

KeK Sarawak....

Ye..ye..Balik kampung..Oh..Oh balik kampung....sampai jugak kat bumi tercinta(selama nih aku dok bumi mana ha)...kekekkeke..Aku keja setengah hari nih,flght petang..masuk ofc pagipun dah tak ada mood nak keja..Dah mood nak beraya..Aku keluar dari ofc jam 1tgh..terus balik umah.Nak hantar Mickey lagi,kesian kat dia...Pas tue settle apa yang patut..Member aku hantar gi airport..Dah ar kena jadi bodyguard pk tue...Aku nih usahala ambik sit depan..haahahahha,last2 tukarla ngan dia, dah ar aku pk yg kena bwk beg dia..Skarang nih siapa yang maid siapapn tak tahula.hahhahah..(mem upah i jgn lupa)..

Berbalik kepada cerita kek sarawak, aku dapat 6 biji kek free thn nih..Mak oi...beratnya beg aku..Sampai nak patah bahu nih..Dah ar kena bwk beg maid lagi..Ish..ish...Kepada yang bagi kek kat aku tue..terima kasih banyak2 ye...thn2 akan dtg jgn lupa bg lagi...


Antara kek yang diberi oleh member,apa nama ntah lupa pk..





Tuesday, September 15, 2009

SakitNye.....

Salam...n Gd Morning...

Jam sudah menunjukan pukul 2.30pagi..Aku tak dapat tidor lagi, sakitnya rasa..Nak drive pegi klinik, rasa tak larat betul..Berdenyut-denyut pulak sakit nih..Letak minyak panas je la..Harap-harap lepas makan pankiller ok lah lepas nih..

Aku balik dari ofc agak lewat jugak 2-3 hari nih, nak settlekan keja-keja sebelum aku bercuti raya..Hari nih saja aku rasa, aku dah settlekan payment berapa k agaknya..Kalaulah separuh k tu jadi milik aku kan best...Hahahaha..Beranganla pulak..Bilalah nak kaya nih...Nasib baiklah semangat nak balik raya berkobar-kobar, bestnya..tak dapat digambarkan betapa aku nak balik kampung sangat-sangat...Ye lah last aku balikpun bulan 3..Dah lama gak tue..So balik nih nak makan macam-macam kat kampung, yang aku tak dpt makan kat sini,hahahhaha..k lah..bye...



Betapa bersserabutnya meja aku..Dah tak blh nak letak brg..



Aku dah bosan, Chek baucer....Sakit kepala,sakit badan,sakit hati..semua sakit..Tension...

Sunday, September 13, 2009

Berbuka....Apa????

Salam...

Dah tak sabar rasanya nak balik kampung..Berbuka bersama-sama family aku..Sabar, tinggal lagi 3 hari je lagi aku nak balik kampung..Ok lah tinggalkan cerita pasal kampung..Nih aku nak cerita pasal makan-makan lagi..Semalam aku ngn 2org member rancang nak berbuka diluar.Da
lam pukul 3ptg member aku yang sorang nih hantar msg ckp x jadi..So cancel je la.Akupun memang dah kat luar waktu tue, settlekan beli kek lapis lagi yang diorder..Ramai betul orang yang beli kek kat situ..Sampaikan nak jalan kat dalam pun terpaksa tunggu..Lepas jer aku settlekan apa yang patut, dalam pukul 6ptg barulah aku sampai umah, baring-baring jap depan tv..terus tertidur..dlm kul 6.20 member aku call ajak berbuka diluar..Aku nih yang memang lapar tak makan lagi..on je la..Ajak member yang lagi sorang, tapi dia malas pulak..Ok lah, 2 orangpun on je la...Pegi lah makan seafood kat Rock2 seafood (rasanyala)..So,nikmatilah gambar-gambar kat bawah nih..





Tengah tunggu nak makan apa pk nih...



Ikan masak steam..


ketam masak cili,Udang goreng butter,Japenes tauhu..


Selamat Berbuka....



Thursday, September 10, 2009

Aksi....

Hallo semua....



Nampaknya entry aku minggu nih adalah mengenai buah hati aku, x pun pasal aku nak balik kampung...Biasalah kan...Mickey skarang nih dah tak nak duduk dalam umah dia, asyik nak keluar main jer..sampaikan aku nak masuk dlm toiletpun dia nak ikut..Dia tak tau toilet tue apa..Malampun tak nak duduk dalam umah dia, mana la boleh..Kalau aku bawak tidor ngan aku,mula lah nak lompat sana sini..Camnerla aku nak tido..X tidola jawabnya syik main ngan dia jer..











Tengoklah aksi-aksinya..comel sgt..











nak duduk kat atas tilam jer..kat bawah tak nak..


Wednesday, September 9, 2009

Balik Kampung

salam....


Entry kali ini, adalah berkenaan tentang balik kampung...Yahoooo....minggu depan dah nak balik kampung..Bestnya...Apa kena mengena ngan gambar kucing kat bawah ni pulak kan..Sebenarnya ada sesapa yang sokong tak kalau kucing nih aku baawak balik kampung..sekiranya ada boleh lah vote lepas ni..Tapi aku rasa kalau bawak balik kampung sure kesian kat kucing nih..(habislah fahim buli dia nanti)....









Inilah sebenarnya gambar yang betul..Minggu depan aku dah balik kampung...So sesapa yang nak order Kek lapis Sarawak, last adalah minggu depan...Akan ambik order selepas raya lah pulak ye....So tunggula je lah orang kampung kepulangan aku..b







Monday, September 7, 2009

1 Malaysia

Hai.. Ni lah buah hati aku yang baru...Comelkan, cute sangat..Namanya Mickey..Ganti nama kuching aku yang mati dulu..Baru 3 bulan umurnya..Asyik nak main jer kejanya..KAlau dah tension keja kat ofc, bila balik umah, main-main ngan dia, hilangla tension dan piki pasal keja..Sebenarnya dah lama aku bela dia, tapi lupa pulak nak story..Minggu depan, lama la pulak rasa nak tinggal dia, bila balik kampung...Kuching persian nih..Haruslah dijaga dengan sebaik-baiknya...



Comel kan,asyik nak ajak main jer kejanya..






Yang ni pulak adalah gambar waktu aku keluar hujung minggu tadi...Bendera semua negeri Di dalam Malaysia...Harap-harap MAlaysia akan aman selamanya..Amin...
So itu jelah entry untuk hari ini..Sekian terima kasih...

Wednesday, September 2, 2009

Tolong Menolong

Salam..everbody.....

Sudah masuk bulan september..sudah tinggal suku thn saja lagi untuk kita mengakhiri tahun 2009..Apa yang sudah aku capai untuk tahun 2009 ni...Rasanya banyak yang sudah aku capai, walaupun bukanlah mencapai azam yang aku inginkan..Tiap-tiap tahun azam pasti akan berubah,tapi dapatkah kita mencapai target azam yang kita inginkan, tepuk dada tanyalah selera...

Sebenarnya kat sini aku nak berkongsi cerita yang aku lalui malam tadi, waktu aku melalui jalan di Satok nih, aku berenti sekejap kat sebuah bank yang terkemuka kat Sarawak nih (tiru bahasa buku)Apa yang sedihnya ialah ada seorang budak lelaki sedang menjual sayur sawi dan juga cili api..Apa yang menyayat hati ialah aku tengok bajunya lusoh,kemudian datang seorang kakak bertanyakan pada budak lelaki nih.."kitak udah sungkei kah"maknanya dia tanya budak nih dah bukak puasa ke belum..Budak lelaki nih menggelengkan kepala tanda belum..Sedihnya aku tengok..Mana peginya mak bapak budak niih..Bersekolah kah dia,kat mana tempat tinggal dia..

Moral story yang aku nak kongsi bersama ialah..Selama nih aku tidaklah menggalakkan sekiranya, kita memberi sedikit derma kepada pengemis jalanan di Ibu Kota, kerana mereka ini mempunyai agen-agen yang akan mendapatkan duit mereka..Tapi hari baik bulan yang baik nih, apa kata sekiranya kita memberikan sedikit sedekah,derma yang tidak seberapa kepada mereka yang memerlukan..mungkin dari derma yang tidak seberapa itu dapatlah mengurangkan sedikit beban kepada mereka yang memerlukan.Dalam kita sibuk bergembira, masih ada orang diluar sana yang memerlukan pertolongan dari kita.Bagi aku, lagi banyak sedekah yang diberikan lagilah pintu rezeki akan terbuka..Tak salah walaupun hanya 1rgt didermakan...Renung-renungkan dan selamat beramal....