Salam....
Setelah sekian kalinya aku bz dgn kerja-kerja seharian....Bekursus di ABM sintok memang memenatkan badan. Selama 2 minggu aku berada disana....Hampir jam 5.30 pagi bersedia hendak memulakan aktiviti dan hampir jam 3pagi barulah dapat merehatkan diri...
Memang memenatkan....Tapi adalah kenangan yang terindah dalam hidup aku..Aku dapat melihat berbagai ragam manusia dengan bermacam karenah....Tengoklah gambar2 kat bawah nih...Banyak aktiviti yang dilakukan...
Walaupun memenatkan, tapi memang best.....
nantilah upload gambar....
Wednesday, February 10, 2010
Tuesday, January 12, 2010
Asam garam kehidupan
Salam semua.....
Tanggal 7hb Januari 2010, genaplah 1 tahun aku disini..Suka dan duka banyak dicoretkan disini..Dari permulaan aku menjejakan kaki di Airport Kuching, bermulalah kehidupan baru disini..Dari segala kegembiraan dan kedukaan dapat dilalui disini..Permulaan kehidupan yang baru..Datang bersama kawan-kawan disini, sehinggalah pertengahan bulan Mac, rakan-rakanku diminta untuk dihantar ke bahagian..Sekali lagi aku bagaikan hidup keseorangan, nasib baiklah aku masih kuat untuk berada disini....
Hidup diperantauan tak seindah yang disangkakan...Berbagai dugaan serta cabaran dalam segala aspek harus aku tempuhi seorang diri...Tapi itu semua aku anggap sebagai satu kenangan yang terindah didalam hidup aku..Bak kata orang jauh perjalanan luas pemandangan...Pengalaman yang tak kan aku dapat dimana-mana..Dari segi kerja pula, siapa yang kerja disini tahulah macam ner beban yang terpaksa ditanggung..Banyak menguji tahap kesabaran disini...
Barulah sekarang aku dapat ber fb dan menulis blog...Hampir 2 bulan aku tidak mendapat rest yang secukupnya..Tidor hampir lewat pagi, bangun pula seawal pagi..Tekanan dan beban yang aku sendiri tidak mampu untuk hadapi..Dimarahi dan dimaki oleh sesetengah K*******....Pekakkan telinga butakan mata..itu sahaja yang mampu aku hadapi disini..Kehilangan seorang rakan membuatkan aku berfikir sejenak, betapa kita akan kehilangan sahabat apabila kita dilanda kesusahan..Aku sendiri tidak fahami kenapa dan mengapa...Itulah lumrah kehidupan kita sebagai hamba dimuka bumi ini..Ramai orang menyalahkan orang lain apabila sesuatu kejadian berlaku, tetapi kita harus menilai diri sendiri terlebih dahulu..Jangan menyalahkan orang lain diatas sesuatu yang berlaku..Ada hikmah disetiap apa yang berlaku...Aku hanyalah insan yang tidak pernah lekang dari membuat kesalahan dan kesilapan..Kesalahan dan kesilapan itulah yang makin mematangkan serta mendewasakan lagi hidup aku....
Aku masih lagi berada disini, sehinggalah khidmat aku tidak diperlukan lagi disini..Sekian, nukilan hatiku...
Labels:
Ceritaku
Friday, January 1, 2010
Selamat Tahun Baru.....
Salam...........
Selamat Tinggal TAhun 2009..And Selamat datang tahun 2010...Alhamdullillah masih bernafas dan sehat seadanya aku...Umur juga makin meningkat..tapi umur tidak penting asalkan aku dapat menggembirakan orang2 disekeliling aku sudah cukup membuatkan akupun hepy jugak...
Kata orang bila tahun baru ni pun azam barulah jugak, setiap orang mempunyai azam, untuk aku, apa yang aku harapkan untuk tahun baru ni, semoga hidup akan lebih bahagia serta diberkati olehNya...Apa saja yang dilakukan untuk tahun 2010 ini diharapkan akan lebih menggembirakan hendaknya...
Untuk tahun 2009, semoga apa yang baik akan di bawa ke tahun 2010, manakala yang menyedihkan dan membawa kedukaan akan dikenang sebagai satu kenangan indah didalam hidup...Itulah yang membuatkan aku lagi tabah dan cekal untuk menghadapi hari2 mendatang....
Terima kasih kepada semua yang sentiasa berada disampingku selama ini, memberi semangat serta dorongan untuk terus berada disini...Untuk Family, mak,abah n semua kakak2 n abang..Tanks ...Untuk my frendz, tak lupa juga,tankz to all... skarang barulah aku kenal erti seorang sahabat dan kawan...Tak susah untuk mencari kawan bila waktu gembira..dan kita akan kehilangan kawan bila waktu susah...Suka duka hidup diperantauan banyak mengajar aku erti hidup sebenar..Banyak mengajar aku nilai seorang sahabat dan kawan....biarlah tahun 2009 ini berlalu dan ingatilah sebagai satu kenangan yang terindah dalam hidup..Semoga tahun 2010 ini akan lebih membawa kegembiraan untuk semua perkara dalam hidup ini...Amin....
Friday, November 13, 2009
Risau & takut....
Salam.....
Sudah lama tidak mengupdate blog ku ini, tapi masih belum bersawangkan...masih ok lagi, walaupun pos aku hanya satu untuk seminggu...Aku bukannya apa banyak benda yang nak ditulis, cuma tidak berkesempatan ..Bila kat ofc tue macam-macam bendalah nak buat pasal keja, bila dah balik umah banyak pulak benda yang nak disettlekan...Fb pun aku dah tak seaktif dulu, dah jarang berbanding dulu...
Sebenarnya apa yang nak aku kongsikan bersama ini tidak ada kaitan dengan sesiapapun..Terlebih dahulu aku ingin memohon jutaan maaf sekiranya aku ada berbuat salah dengan sesiapa saja.Terkasar bahasa sama ada secara sengaja mahupun tidak sengaja.Terutama kedua orang ibubapaku, adik beradikku, sedara-mara ku,anak-anak buahku, kawan-kawanku serta sesiapa saja yang mengenali diriku. Aku hanya manusia biasa yang tidak lepas dari membuat kesalahan dan kesilapan, bagiku aku seperti bayi yang baru lahir..belajar dan terus belajar...Sekiranya aku membuat kesilapan tegur dan bimbinglah aku...
Cerita ini tidak ada kaitan dengan sesiapa pun...
Seperti biasa semalam lepas habis kerja aku pulang umah, bila aku nak bagi Mickey makan aku tengok, habis pulak makanannya..lepas aku mandi n bersiap-siap akupun start keta nak pegi beli makanan..Sian pulak kat mickey..takut esok aku x sempat lagi nak pegi beli...so akupun pergilah beli dikedai yang selalu aku kunjungi..Dalam perjalanan aku diekori oleh kereta yang tidak aku kenali..Semakin rapat kereta itu mengekori aku dari belakang..dan kemudian seiringan dengan kereta aku..Sudah ler asyik membunyikan hon..aku yang dalam keadaan takut tidak ler sempatnye nak ambik no plat kereta..Aku tidak tahu apakah motif sebenarnya...Tidak kiralah apa saja kesalahan yang dilakukan olehnya, aku maafkan dan begitu jugalah dengan aku...Setahu aku, aku manalah ada musuh kat sini..Ntah ler..kekadang kita tak tahu apakah niat seseoarang itu...Cuma lepas nih aku akan lebih berhati-hati..kena pasang bodyguard nih nampaknya..hahahah.
Labels:
Ceritaku
Saturday, November 7, 2009
Buah Dabei....
Salam semua....
Kat sini nak aku syer sejenis buah yang menjaadi kegemaran orang-orang Sarawak, tapi ada jugak orang Sarawak yang x pandei makan..Buah Dabei namanya, tapi buah nih famous kat Sibu..Aku hanya tahu nama buahnya saja, pokoknya x pnh aku tgk..Maybe 1 hari nanti berpeluang untuk tengok...Member aku cakap buah nih lebih sedap kalau dimakan bersama nasi panas..Aku belum penah try lagi, cuma aku penah try makan begitu saja..
Inilah buah dabei tue, sekali pandang ada gak nampak cam buah kurma...warnanya coklat kehitam-hitaman....
Ini adalah buah dabei yang telah dijeruk kicap, aku tengok member aku suka betul makan macam tue saja, aku ada gak try, rasanya lemak-lemak..cuma biji nya yang besar, isinya ok lah..Bagi aku, x adalah istimewa sangat..Aku x nak cakap apa, takut 1 hari nanti aku pun jadi suka pk..So sape nak rasa bolehlah datang sarawak. Tapi buah ni pun bermusin jugak..Oh ye, ada satu lagi cara nak makan buah nh, iaitu masukan dalam air suam dan terus boleh dimakan..secara luaranya buah nih kulitnya keras..so untuk melembutkanya dimasukan dalam air panas dan masukan sedikit garam...Cubalah...tak cuba mana nak tau kan...
Kat sini nak aku syer sejenis buah yang menjaadi kegemaran orang-orang Sarawak, tapi ada jugak orang Sarawak yang x pandei makan..Buah Dabei namanya, tapi buah nih famous kat Sibu..Aku hanya tahu nama buahnya saja, pokoknya x pnh aku tgk..Maybe 1 hari nanti berpeluang untuk tengok...Member aku cakap buah nih lebih sedap kalau dimakan bersama nasi panas..Aku belum penah try lagi, cuma aku penah try makan begitu saja..
Labels:
makan-makan
Thursday, November 5, 2009
Rencah Hidup....
Salam...
SELamat datang bulan November...Pejam celik jer kita dah tak sedar tahun 2009 akan berlabuh tidak lama lagi..Maka akan menjelmalah tahun yang baru..Bagi aku tahun baru ataupun tahun lama, sekiranya diri sendiri tidak berubah maka tidak perlulah mencanangkan azam di tahun baru...For me, apa yang penting biarlah kita mengubah diri sendiri agar lebih baik dari tahun2 sebelumnya..
Pejam celik juga sudah hampir 1 tahun aku berada di Sarawak...Thanks to all my friends yang banyak bagi tunjuk ajar pada aku dan banyak tolong aku kat sini..Pengalaman baru yang aku dapat bila berada di sini..Kenapa aku memilih Sarawak, sedangkan semenanjung sendiri ada tempat untuk aku bekerja..Ramai kawan-kawan aku yang bertanya, dan juga family aku sendiri menyuarakan pendapat agar aku tidak datang bekerja di Sarawak..Jawapan aku mudah saja, aku ingin menimba pengalaman di tempat yang baru serta suasana yang baru..
Sejak dari zaman sekolah lagi, aku sudah belajar erti untuk hidup berdikari sendiri, walaupun aku anak bongsu dalam family..Kata orang bila anak bongsu nih, asyik nak duduk dibwh ketiak mak..Tapi aku masih ingat lagi waktu aku di tingkatan 4, aku beria-ria untuk masuk kesekolah beasrama..walaupun waktu itu, tiada kekosongan untuk masuk..Aku tetap berdegil dan keras kepala..sehinggakan 2 hingga 3 kali mak dan ayah aku naik turun sekolah untuk mendapatkan kekosongn untuk asrama..Akhirnya aku berjaya juga untuk tinggal diasrama, walaupun hampir 2 minggu aku menetap di rumah sewa yang berhampiran dengan sekolah aku..First time berjauhan dengan family, memang aku terasa sangat..hampir setiap hari aku akan menelefon mak, walaupun hanya dapat mendengar suaranya sahaja, berjaya mengubat rindu aku padanya..
Selepas aku menamatkan zaman persekolahan, aku menyambung pengajian di Shah Alam..Zaman persekolahan adalah zaman yang paling indah dalam hidup aku..Selepas menamatkan pengajian, aku bekerja sebagai guru sandaran. Walaupun apa yang kita nampak kerja sebagai guru adalah kerja yang mudah, keluar pukul 7 balik pukul 2..TApi bila aku merasa tugas sebagai guru sangat mencabar..Terpaksa melayan kerenah pelajar-pelajar yang berbagai kerenah..Hari-hari akan diduga dengan berbagai-bagai masalah dan cerita..Tapi tugas sebagai guru berjaya mematangkan dan mendewasakan lagi hidup aku..Banyak benda yang aku belajar dari tugas aku sebagai seorang guru..
Hampir 2 thn aku menjadi guru sandaran, dan barulah aku berhijrah ke Kuala Lumpur..Bekerja di sebuah company. Aku tdk bekerja didalam bidang aku, aku lebih cenderung didalam bidang mekanikal, banyak benda yang dapat aku belajar disini, bagi aku kemahuan adalah benda yang utama, barulah diikuti dengan minat..Bayangkan aku berjaya belajar mengenai mesin-mesin dan juga spare part untuk mesin-mesin untuk padang..
Selepas hampir 1 thn lebih, aku mendapat kerja baru di JKR Selangor..disinilah baru aku betul-betul bekerja didalam bidang aku sendiri..Banyak benda yang aku pelajari disini..Mendapat bos yang begitu memahami akan pekerjanya..Tidak pernah memilih bulu, walaupun kerja banyak tetapi dapat bekerja dalam suasana yang gembira dan tidak tertekan..Mungkin kerana aku berada di Jabatan Teknikal sendiri..Terima kasih kerana banyak benda yang dapat aku belajar di sini..Dari aku tidak tahu apa itu a sehinggalah aku berjaya menghafal sehingga abjad z...

Dari Jkr lah aku merantau ke Sarawak..tempat baru, suasana baru, serba serbi baru..Walaupun aku sudah biasa berjauhan dengan keluarga, tetapi kerinduan pada keluarga tetap tak dapat aku lupakan..Hari-hari family aku menelefon aku disini bertanyakan khabar...itu belum aku merantau ke luar negara lagi..Timbul jugak keinginan untuk merantau ke luar negara pulak lepas nih...Bekerja disini tidaklah semudah yang disangka..Mungkin ini bukanlah jabatan yang sepenuhnya diisi oleh bahagian teknikal..JAdi serba serbi baru..Sehingga sekarang aku masih belajar dan terus belajar..Semoga aku diberikan kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang...Amin...
Labels:
Bekerja
Friday, October 30, 2009
Sejenak bersama.....
Salam....
Kesibukan dengan tugas di ofc membataskan aku untuk menulis blog..Aku semakin sibuk dengan tugas-tugas harian di ofc..Sehinggakan sudah tidak ada masa untuk diri sendiri...Rumah aku sendiripun dah semakin bersepah-sepah disepahkan oleh mickey..mana tak nye..hari minggupun kena kerja, dah lah kerja sampai malam..Hai...nasib badan...Sekarang sudah masuk bulan 11, pejam celik jer aku rasa sekarang nih..Masa begitu pantas sekali...LAgipun sudah hujung tahun, so banyak benda yang nak disettlekan...
Tugas di ofc seperti biasa, cuma apa yang nak aku kongsikan bersama ialah tugas sebenar setiap dari kita di ofc masing-masing..Adakah tugas itu betul-betul dilakukan oleh kita, ataupun melebihi dr tugas kita..Tepuk dada tanya dr sendr..Apa yang dilakukan oleh kita dari pukul 8pg sehinggalah 5ptg..Adakah sibuk membuat kerja ataupun sibuk buat-buat kerja...Sibuk ber Facebook,ym,flixster,frdster ataupun sibuk menulis blog..
Bagi aku tak salah sekiranya perbuatan diatas dilakukan asalkan tidak melalaikan dan melekakan diri sendiri...Tahu menghabiskan tugas dahulu barulah sibuk ber facebook..Kekadang aku merasakan alangkah baiknya sekiranya bekerja sebagai seorang cleaner, destpatch, PAR..dan sebagainya..yang tidak perlu bersusah payah berfikir..Cukup bulan terima gaji.
So...apa yang pastinye...tepuk dada tanya diri...Apakah gaji yang kita dapat tiap-tiap bulan adalah berbaloi-baloi dengan kerja yang dilakukan..ataupun hanya makan gaji buta...RENUNG-RENUNGKAN DAN FIKIR-FIKIRKAN...
Labels:
Ceritaku
Subscribe to:
Posts (Atom)