Friday, May 29, 2009

Bercuti....

Ye...ye.....aku akan bercuti hari isnin dan juga selasa....so dapatlah skt restkan kepala otak yang berserabut nih...Dapat melupakan seketika urusan kerja...
Penatlah rasanya hari nih...Banyak betul settlekan kerja...kenapalah kerja aku tak jugak habis-habis...lagi bertambah banyak lagi adalah..dah la member aku cuti 2 minggu disebabkan menyambut perayaan gawai..Tak pelah hari Raya nanti pu aku nak cuti 3 minggu pulak ( balas balik)hahhahahaha..Kepada my friends Selamat Menyambut perayaan Gawai....semoga bergumbiralah hendaknya...
Semalam aku ada call family kat kg, boleh pk mak aku tanya nape slalu pk call nih..(aku bukan apa, hari minggu lepas abah aku asyik call je,tapi aku keja so x dptlah jwb call, ni bila aku call dia blh pk tanya aku) Hati seorang ibu susah untuk difahami..hehehehehhe..jangan risau mummy anakmu kat sini ok jer..

Bercuti....

Menunjukan bakat untuk memasak omlett, Aku nih sebenarnya rasa nak demam lagi..tue yang makan omlett (rasa teringin)..aku masakla ngn sayur campur..dan juga sausage..beginilah rupanya masakan aku...




Omlett,sausage dan sayur campur





Jambu dan kiwi...Sedap nih...


Harga jambu kat sini blh tahan mahal la gak..1 kg 9.00..kalau kat kg nih baru brapa ringgit je nih..sedap nih makan ngn kicap..


Tuesday, May 26, 2009

Kerja...Gi Site...

Aku pegi site di Padawan, jauhlah jugak dari bandaraya Kuching...Ada 5 tempat yang aku lawati untuk aku membuat Bq...Penat jugaklah, cuaca kat sinipun sekejap hujan sekejap panas terik, manalah tak demam...Perkampungan yang aku pegi nih kebanyakannya orang Bidayuh..So aku memang tak paham langsung apa yang mereka cakapkan..Lepas nih kena blajarla ckp Bidayuh plak..Cakap Iban aku dah blh paham skt2...

Penat tak terkatalah bila dah pegi site nih..tapi nak wat camner..keja katakan...



Sungai di Samarahan...kena naik perahu nih...

Sunday, May 24, 2009

Kemas Rumah

Hari minggu yang bz, pun sempat lagi kemas rumah, mop lantai....Aku nih bukan nak berkiralah tapi bila dah duduk rumah sekali tue, pandai2la jaga rumah...janganlah sepahkan..hahahahah..angin 1 badan nih kenapa lah...Tak pe lah buat amal ibadat sikit..(tapi slalunya aku sorang je yang kemas,nak harapkan 2 ekor tue,hampeh)...Astaga, x baik betul...







Berkilat gitu..

Untuk Seseorang yg digelar..Kawan..........Kepada kwn2 ku sila baca....

MALAM TADI KAMU DAN KAWAN BAIKMU BERTENGKAR. KAMU MEMBUAT KEPUTUSAN TAK MAHU BERCAKAP DGNNYA KEESOKAN HARINYA. DIA SENYUM KEPADAMU.SEBALIKNYA KAMU MENGETAP GIGIMU KPDNYA. DIA MENCERITAKAN PERKARA YG BAIK TENTANG KAMU KPD KWAN2NYA YG LAIN. KAMU PULA MENYEBARKAN KHABAR ANGIN MENGENAINYA. DIA CUBA MENDEKATIMU DAN MENEGURMU. TAPI KAMU TOLAKNYA KE TEPI. BAGINYA KAMU SEORG KAWAN YG TERBAIK. KAMU PULA RASA DIA SEORG KAWAN YG PALING TERUK PERNAH KAMU JUMPA. DIA PUN MENULIS NOTA KPDMU DAN MENCERITAKAN SEMULA KENANGAN MANIS YG PERNAH KAMU DAN DIA KONGSI BERSAMA. KAMU PULA MENULIS SEMUA SAAT BURUK YG KAMU INGAT SEPANJANG BERSAMANYA. JAUH DI SUDUT HATIMU KAMU MENGASIHANINYA. TAPI DI HATIMU SUDAH PENUH DGN KEBENCIAN.



KEESOKAN HARINYA KAMU JUMPA SATU NOTA DRPDNYA: DEAR_________, SAYA CUBA MEMBERITAHU KAMU SEMLM TAPI KAMU TAK BERI PELUANG UTK SAYA BERCAKAP. SAYA CUBA BERITAHU KAMU BERITA GEMBIRA TAPI KAMU TAKUT UTK MENDENGARNYA.SAYA CUBA UTK SENYUM KPDMU TAPI KAMU SAMBUT SENYUMAN SAYA DGN KEBENCIAN. SKRG NI KEADAAN SAYA SGT TERUK DAN MAKIN TERUK. SAYA MINTA MAAF SBB HARI NI SAYA TAK DPT BERJUMPA DGN KAMU. SAYA TULIS SURAT SEMASA SAYA DI HOSPITAL.SAYA SUDAH KESUNTUKAN MASA. SAYA MINTA MAAF SBB TERPAKSA BERITAHU KAMU SKRG. SAYA MINTA MAAF ATAS PERGADUHAN KITA,KAMU MMG SEORG KAWAN YG HEBAT.
SAYA JANJI SAYA AKAN SENTIASA MEMERHATIKAN KAMU. SALAM KASIH SAYANG, ________________ KAMU PUN BERLARI KE HOSPITAL UTK MEMINTA MAAF PDNYA. TAPI HANYA IBUNYA SAJE YG ADA DI SITU. IBUNYA MENEKAP MUKANYA DGN KEDUA BELAH TGNNYA. DAN DIA PUN MENANGIS.DIA MELUTUT DAN BERDOA SUPAYA TUHAN KEMBALIKAN ANAKNYA. KAMU SUDAH TERLAMBAT. KAMU BERHARAP DPT BERITAHU KAWANMU SUPAYA KAMU DAPAT MINTA MAAF DAN UCAPKAN SELAMAT TINGGAL.
PENGAJARANNYA:
SEMUA KAWAN ADA MASA NAIK DAN TURUN.DAN KADANGKALA KAMU PERLU MEMINTA MAAF.JGN TUNGGU ORG LAIN MELAKUKANNYA DULU.SBB KAMU TAKKAN TAHU APE AKAN TERJADI ESOK HARI. KALAU KAMU BENAR2 SYGKAN KAWANMU DAN SANGGUP BERKAWAN HINGGA NAFAS TERAKHIR..

Bergelak ketawa Dahulu....

Kisah Telinga ...

Johan dilahirkan tanpa kedua telinganya, tetapi walaupun cacat dia berjawatan tinggi di sebuah bank. Dia sangat marah kalu ada orang yang mempersoalkan tentang telinga.Satu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga orang disenarai pendek untuk sesi temuduga. Calon pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik.


Di akhir temuduga, Johan bertanya satu soalankepada lelaki itu."Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?".


"Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada telinga, macam ayam" jawab lelaki itu dengan jujur.Merasa terhina dengan jawapan itu, Johan mengusirnya keluar dari pejabat.Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman bekerja di bank hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertama tadi. Di akhir sesi temuduga, Johan bertanya soalan yang sama ditanya pada calon pertama."Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?".


"Ya ...saya heran bagaimana tuan boleh mendengar saya dengan baik, sedangkan tuan duduk jauh dari saya." puji perempuan itu. Sebaik mendengar jawapan dari perempuan itu, Johan berang dan menghalaunya keluar. Calon terakhir adalah yang terbaik, walaupun masih muda dia telah bekerja lebih 8 tahun di bank.


Selain bijak dia juga tampan dan bergaya.Seperti calon terdahulu Johan bertanya soalan serupa."Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?" "Ya. Awak pakai contact lens," jawab pemuda itu menahan perasannya dari tergelak.Walaupun terkejut, Johan gembira dengan jawapan pemuda itu. Dia hairan kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact lens walaupun mereka duduk agak jauh. "Bagaimana awak tahu" tanya Johan lagi.Pemuda itu tidak dapat lagi menahan gelihatinya lalu ketawa besar hingga jatuh terguling-guling sambil berkata,



"Dah tentu tuan tak boleh pakai cermin mata sebab tuan tak ada telinga, nak sangkut kat mana".Huargh! Huargh! Huargh! Huargh!

Saturday, May 23, 2009

kerja..kerja...

Pagi-pagi lagi hp aku dah bising-bising..Aku datang ofc..KP datang hari nih..Yang Kp pun datanglah waktu bekerja yang ganggu waktu cutti kenapalah..Macam nih lah bila dah cari baucer untuk projek..bersepah-sepah aku cari..nasib baiklah jumpa..





Nasiblah jumpa..tapi tengoklah bilik aku..bersepah-sepah...

Friday, May 22, 2009

NAK CUTI..................

Aku nak cuti panjang.........TApi tak tau lulus tak lulus...Hai..bulan 6 dan 7 nih dah la aku ada exam................Penatlahhhhhhhhhhhhh.....NAK CUTI................NAK CUTI.......................NAK CUTI.................kursus bulan 6 ni pun tak tau jadi tak jadi..Kalau jadi pegi LAngkawilah aku....Kepada kakak-kakak aku no order2 periuk belanga ok.....Berat nak bawak...........Heheheheheh

Thursday, May 21, 2009

PATUNG YANG BOLEH BERKATA-KATA

Penangan Hagemaru...hahahahah..Tapi nih bukannya patung hagemaru..Apa ntah nama patung nih..Aku panggil telinga besar kot..mesti tertanya-tanya mana la aku dapat patung nih..Biarlah rahsia...Patung nih bila kita pegang dia akan berkata-kata..Comel jer aku tengok patung nih..Kepada anak-anak sedara aku siapa yang nak patung nih bolehla order sekarang..HAhahahahah...akupun tak tau kat mana la ada jual lagi patung macam nih..










comel kan..macam aku...

Menonton cerita

Hai semua, salam bersama....

Aku semakin teruja untuk menonton Tv, bukannya apa..dah lama rasanya Mood nak tengok tv x ada..selepas semalam aku tgk cerita Oh Ibu, malam nih tertunggu-tunggu gak cerita apa lah malam nih pulak..Rupa-rupanya ada cerita Hindustan, Nayak..Aku nih bukanlah fanatik sangat ngan ceta hindustan nih, Tapi bila diamati dari segi jalan ceritanya buatkan aku semakin teruja untuk mengetahui jalan cerita selanjutnya..

Lakonan Anil Kapoor..mengisahkan seorang wartawan biasa berjaya menjadi CM dalam masa 1 hari dan berjaya mengubah pentadbiran sedia ada..Hebat jugak ceritanya..memang best, teruja aku melihat kesungguhan Anil membantu rakyat biasa walaupun nyawa ibu dan ayahnya menjadi taruhan..Kalaulah kat Malaysia nih boleh buat macam tuh, Apa jadikan...


Selepas selesai menonton cerita tu..mata aku x ngantuk la lagi..so teruslah menonton tv..Aku hairan gak lah ngan astro ni..Channel 122 dah tak ada dah ,dah digantikan ngan astro mustika yang berbayar siaranya...Kalau perkhidmatan bagus aku x kisah sangat, tapi bila hujan jer, siaranpun x dapat..siapa yang x marah kalau dah bayar bulan-bulan tapi kualitinya hampeh...

Wednesday, May 20, 2009

OH IBU.....

Dah lama rasanya, aku tak menonton tv..bukannya apa bila aku pulang dari kerja jer..badan dah letih..buka tv..last2 aku tak sedar pukul brapa aku tertido dan tv pun tgk aku..Kadang-kadang pukul 8.00mlm aku dah pun lena diulit mimpi..So banyaklah rancangan2 tv dan astro yang aku termist..


Smalam aku berkesempatan menonton cerita Oh Ibu, lakonan jejaka pujaanku masa kini, Aaron Aziz, best ceritanya..membuatkan hati aku turut terusik..X sangka pk mata aku ni tak ngntuk pk..Terlupa pk nak tengok siapa pengarahnya...antara dialog-dialog yang aku x blh lupa ialah..."cubalah untuk sayang orang yang sayang kan awak"..



"Kadang-kadang kita sebagai anak
tidak terniatpun untuk melukakan hati seorang ibu
tetapi kita tidak sedar dalam kealpaan kita
hati ibu sudahpun kita lukakan.."

Sunday, May 17, 2009

MOOD UNTUK MEMASAK........

Hari minggu aku bangun awal ( x penahpun aku bangun lambat)..So pegi jogging dulu, rasanya hari nih aku nak masakla..Lepas jogging pegila pasar minggu...Kat Satok..Sebenarnya aku x brapa sehat,rasa nak demam..Aku pegi pasar cuma nak beli buah-buahan je..Tapi bila dah sampai kat pasar tue,macam-macamla pk teringin nak makan..Kalau tak percaya perhatikanlah gambar di bawah ini...Akupun macam x percaya jerk...



Aku beli terubuk..Siap ada telur lagi..ingatkan kecik terubuknya..Balik-balik umah, mak eh..besar betul..







Buah anggur...

Tak lupa sayur-sayuran, bila ntah nak masak...


Udang mesti tak lupa...Wajib beli..walaupun hari-hari aku makan...



Petai, pembuka selera..untuk orang yang tak ada selera macam aku nih...

Oh ya...kenapa aku rasa nak demam ha..sebenarnya, balik dari Kl hari tue badan aku rasa penat sangat..Siapa yang cakap keja Gomen nih rilekz memanjang..Aku nih hari-hari keja..sebab tue la demam,ingat lepas nih nak mintak cuti panjang sikitla...Nak restkan badan dan otak aku nih...Penat lah hari-hari keja..Kejap panas,kejap air-cond mana tak demam...


Rajinnya masak..

Aku pun nak jadi org putih jugak..Teringin nak makan omlett..dah lama rasanya x masak sendiri..Tiba-tiba mood untuk memasak datang membuak-buak..So dapatlah aku makan roti 2 keping,sausage 3 and omlett yang dimasak sendiri..Bukanya susahpun nak buat nih,cuma nak ataupun tak nak je..heheheheh, bukan malas ok..cuma tak ada masa nak masuk dapur..Kesian kat dapur aku..X pe lepas nih mood akan datang balik...

Thursday, May 14, 2009

RENUNG-RENUNGKAN LAH

"Cis! Tak guna punya bapak"
Sang ayah dan ibu sangat marah dan menyesal bila mengetahui anak perempuan mereka hamil."Siapa si bedebah tu," jerit sang ayah, sedang si ibu menangis. "Suruh dia datang sini!"Si anak pun telepon le mamat yang bertanggung jawab. Setengah jam kemudian sebuah keretaFerrari merah berhenti di depan rumah.
Seorang lelaki separuh baya keluar dari kereta, memberisalam lalu masuk kerumah.Lelaki itu berdepan dengan mak dan ayah perempuan yang telah dihamilinya.Dia berkata, "Saya lelaki yang telah menghamili anak anda. Tapi terus terang saya katakan sayatidak dapat menikahi anak anda kerana isteri saya tak membenarkan.
Bagaimanapun, saya tetap bertanggung jawab atas perbuatan saya. Sekiranya anak anda melahirkan seorang bayi perempuansaya akan wasiatkan untuknya dua buah supermarket, sebuah rumah banglo dan wang tunaiRM5 juta. Sekiranya dia melahirkan anak lelaki saya akan wasiatkan untuknya dua buah kilang,dua buah supermarket, dua buah rumah banglo dan wang tunai RM10 juta.
Tapi sekiranya anakanda keguguran apakah yang harus saya lakukan?"Sang ayah berfikir. Siibu berhenti menangis. Akhirnya sambil menepuk bahu lelaki itu sang ayahberkata, "Kalau camtu hang cuba le lagi."

Tuesday, May 12, 2009

HIDUNG....

Boleh sesapa lepas nih menilik pasangan masing-masing, supaya tau personaliti pasangan dan org terdekat masing-masing..


Hidung panjang :


Jika pasangan anda memiliki bentuk hidung seperti ini, dia merupakan seorang yang mempunyai personaliti yang kukuh dan berpotensi untuk mempengaruhi orang lain yang berada di sekelilingnya. Dia seorang yang bercita-cita tinggi dan sangat sensitif orangnya. Jadi janganlah anda sengaja ‘mencari pasal’ dengan mereka yang berhidung panjang.
Selain itu, mereka juga mudah membantu dan sangat bermurah hati, hanya pada mereka yang tahu menghargainya! Anda tidak perlu membalas pertolongannya cukup sekadar anda menghargai bantuan yang dihulurkan itu. Mereka yang berhidung panjang juga dipercayai bijak menonjolkan diri dan mudah berjaya dalam perniagaan dan bidang seni.



Hidung kecil :

Si empunya hidung kecil, mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan berbakat dalam bidang seni. Dia juga suka mengejar sesuatu yang baru dalam kehidupan. Bagi mereka yang berhidung kecil, suka mencuba sesuatu yang baru dalam kehidupan.
Dia juga seorang yang peramah, dan amat mudah menyesuaikan diri dengan keadaan sekelilingnya. Adakalanya sikap mereka sukar diramal dan mereka bersikap kebudak-budakan. Jadi usahlah anda rasa bosan dengan sikap si hidung kecil kerana mereka sememangnya seorang yang manja.
Awas, pemilik si hidung kecil tidak tetap pendirian. Dia juga mudah dipengaruhi oleh orang lain dan bersikap terburu-buru dalam membuat keputusan, tanpa memikirkan pro dan kontra keputusan tersebut. Ha… bila dah tersilap langkah, tiada gunanya lagi…


Hidung paruh burung :


“Eh, betullah. Sekali pandang, hidung dia macam paruh burung, nampak macam patahkan!” Mungkin itu yang akan anda perkatakan apabila ternampak seseorang yang mempunyai hidung jenis ini. Ha… jangan tak tahu… mereka yang mempunyai hidung jenis ini ada keistimewaannya. Mereka mempunyai pendirian yang teguh dalam membuat sesuatu keputusan dan tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata orang lain.
Mereka cukup tegas dalam apa jua keadaan, tidak terburu-buru dan menunggu masa yang sesuai sebelum membuat sesuatu tindakan. Pasti ramai yang berminat dengan pemilik si hidung paruh burung ini kerana daya pemikiran mereka cukup imaginatif, kreatif dan bijak, tetapi mereka agak sukar untuk mencari cinta sejati dalam kehidupan mereka.


Hidung tajam :

Ha… jaga-jaga dengan pemilik si hidung tajam! Mereka ini jenis yang memandang kebendaan. Bagi mereka aset dan wang adalah segala-galanya. Tiada apa lagi yang penting selain dua perkara tersebut. Erm, jangan salah faham, pemilik si hidung tajam ini, bukanlah kaki pisau cucur, mereka mengumpulkan aset dan mencari wang dengan tulang empat kerat mereka dan bukan menumpang kekayaan orang lain. Mereka sanggup bekerja keras demi memastikan kehidupan mereka selesa dan senang.


Hidung lurus:

Bertuahnya kalau anda berdampingan dengan si pemilik hidung lurus. Ha… mereka ini merupakan seorang yang setia dan adil dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Mereka adalah golongan yang sanggup berkorban demi orang lain berbanding menjaga kepentingan sendiri. Si hidung lurus akan mencari pasangan hidupnya yang juga setia dan tidak menipu. Awas, sekali anda telah menipu si hidung lurus, peratus kepercayaannya kepada anda akan turun ke tahap 0%. Jangan main-main.


Hidung kembang:

Mereka yang berhidung kembang merupakan seorang yang aktif dan cekap dalam melakukan apa jua kerja. Mereka seorang yang artistik dan suka mempelbagaikan aktiviti seharian mereka. Jika anda ingin meminta pertolongan, carilah pemilik hidung kembang sebab mereka akan membantu anda pada bila-bila masa. Mereka mudah kasihan kepada teman-teman, sehingga tidak sanggup untuk mengecewakan sesiapa.


Hidung runcing:

Mereka yang berhidung runcing adalah seorang yang lemah-lembut dan amat berdiplomasi. Ha… jangan tak tahu, mereka yang berhidung runcing juga licik orangnya, mereka juga bersikap pentingkan diri sendiri.. Satu lagi kelemahan si hidung runcing, mereka mudah terpengaruh dengan apa juga yang dilakukan oleh orang lain. Mood mereka sukar dijangka, jadi janganlah anda melakukan sesuatu yang ‘bodoh’ kerana ia akan menjerat diri anda sendiri.


Hidung pesek:

Mereka yang memiliki bentuk hidung seperti ini merupakan seorang yang kuat berahsia. Orang yang tidak mengenali pemilik si hidung pesek tidak akan dapat menjangka perasaan mereka dari semasa ke semasa. Mereka juga dikatakan kurang yakin dalam melakukan sesuatu perkara, sedangkan mereka sebenarnya boleh menyelesaikan perkara tersebut dengan baik. Si hidung pesek cukup ramah dan mudah mesra walau dengan sesiapa sahaja. Mereka boleh membuatkan orang lain cukup senang dengan kehadiran mereka.
Erm, apalagi pastikan bentuk hidung pasangan anda agar mudah untuk anda mengenalpasti peribadi atau personalitinya. Selepas ini, tiada lagi alasan untuk anda tidak mengetahui peribadi pasangan anda…

BOSAN...BOSAN...KEJA BANYAK...NAK BALIK...

Napela byk sgt baucer yang baru sampai nih...Macam malas jerk nak buat keja...RILEKS JAP...
Aku dah penat bekerja, boleh tak kalau bagi cuti sebulan,kemudian sambung keja balik...



Cium Isteri

Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami:
Isteri :Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?
Suami :Kenapa?
Isteri :Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya. Bila pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving betullahmereka. Kenapa abang tak buat macam tu?
Suami :Nak mampus... Mana abang kenal isteri dia?'




2.Bunuh Setan

Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau si isteri menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut kepada suaminya.
'Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/bersetubuh kan bang, dengan cara yang betul dan menjaga syarat yangbetul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan'.

Kata si suami 'yerr kerr?' Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kan , betul tak sayanggg? sambil ketawa..
Isteri hanya tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian, si isteri berkata:
'banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'.Si suami tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian, si isteri berkata:'banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'. 'takpe...tunggulah malam'. Esoknya si isteri berkata:'banggg, jom kita bunuh syaitan...bang' .Si suami diam sambil mengangguk lemah.Esoknya si isteri berkata 'banggg, jom kita bunuh syaitan... '. Si suami tiba - tiba marah dan berkata ........... 'Ayang nie nak bunuh syaitan ke atau nak bunuh abang'




3.Pak pandir menunjukankan kepandaiannya

Nak dijadikan cerita, suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye.
Entah macamana, di tengah perjalanannye tadi dia terjumpe seketul taik yang masih panas.
Tapi dia masih konpius sama ada betul ke bende yang dia jumpe tu seketul taik.
Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan. Pak pandir tengok ngan lebih dekat taik tersebut, lalu dia berkata, 'Bentuk macam taik...' Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata,'Lembik...macam taik.'Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu, lepas tu dia berkata, 'Bau macam taik.'Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keptusan untuk menjilat sedikit taik tersebut.
Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit... 'MEMANG TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!'




4.Mamak dapat anak

Suatu hari sedang Ali minum teh di gerai Mamak yang biasa dikunjunginya,
tiba-tiba Mamak gerai tersebut bersorak gembira
dan terus datang kepadanya
Ali: Apa yang suka sangat Mamak ni? Mamak: Saya bini juga surat India mari.Ali: Apa dia cakap? Tentu good news.... Mamak: Dalam dia punya surat ada cakap sudah beranak. New baby!Ayo.... saya banyak suka hati la. Saya belanja awak free minum jugak! Ali:Tahniah! Mamak. Ini kena balik India cepat ni?Mamak:Ya la, saya sudah tiga tahun tarak balik. Ali: Lerrrrrr.??? ??...kalau 3 tahun tarak balik tu anak siapa? Hahahaha…



5..kisah 2 ekor burung..


Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua.
Kedua burung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang satunya lagi hanya diam saja,
datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua.Ia berkata kepada si penjual burung. Pembeli :Berapa harga burung kakak tua ini...?? Penjual: Kalau yang suka menyanyi itu $500, sedangkan yang diam itu $1000. Pembeli: Ahhh...?? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam. Penjual: Yaa...memang berbeza, yang berharaga $1000 itu ialah pencipta lagunya. 6.Belajar bahasa EnglishSeorang gadis yang Bahasa Ingerisnya kacau-bilau. .. suatu hari terlanggar seorang pelancong US ketika berjalan2 di The mall
Gadis:' I'm sorry ' Pelancong:' I'm sorry, too 'Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh pelancong itu.. dia meneka2 dan terus menjawab.Gadis:' I'm sorry. three ' Pelancong: ' What are you sorry for? ' Gadis:'I'm sorry, five '




7.Kek Hari jadi...

Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya.
'Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini,encik?' tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu. 'Mmmm, tulis saja 'Sayang tidak bertambah tua' di bahagian atas,kemudian sambung dengan 'Sayang cuma bertambah cantik' di bahagian bawah,'kata lelaki itu. Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu: 'SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH.'


8.Anak siapa??

Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan Robert,
Jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman sepermainannya sejak kecil lagi. Suzy :Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin. Ayah :Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Robert. Suzy:Tapi mengapa? Ayah :(Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah abangmu.Tapi, jangan beritahu ibumu ye! Terkejut dengan jawapan itu,suzy pergi pula kepada ibunya. Suzy :Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert.Ibu :Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk Robert. Suzi :Tapi kata ayah, Robert itu abang saya.Adik beradik kan tak boleh kahwin. Ibu :(Separuh berbisik) Hmmm....Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya. Suzy :Ha!!??!!

Memanja kan Diri..

Petang smalam, aku balik agak awal dari ofc, Badan rasa dah penat2..Dah lama rasanya aku nak gi massage badan,so smalam berkesempatan..Pegila kat Padungan...Nama tempatnya Tribal..Tempatnya boleh tahanla..Yang massage aku tue, dari Indonesia..Boleh tahan kuatla dia massage aku..1 jam aku dimassage,ringan rasanya badan aku..Lupa pk nak ambik gambar orang yang massage aku tue..Nanti la aku ambik lagi..Bangun pagi nih badan rasa ringan je,macam boleh terbang plak..hahahahha(tipula tue)..
Habis urat2 aku dibetulkannya, waktu dia urut aku tue dia tau aku slalu guna kasut tinggi, ntahla dia main teka je kot...Lepas nih bolehla pegi lagi...Bukan selalupun pegi,lagipun untuk memanjakan diri sendirikan...

Monday, May 11, 2009

MAK..RINDU MAK...

Orang kata aku lahir dari perut mak.. (bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku.... mak Bila lapar, yang suapkan aku.... mak Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ... mak Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak Bila bangun tidur, aku cari.... mak Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak Bila nak bermanja, aku dekati.... mak Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak Bila nakal, yang memarahi aku.... mak Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak Bila takut, yang tenangkan aku.... mak Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak Aku selalu teringatkan .... mak Bila sedih, aku mesti talipon.... mak Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! " Bila sakit, orang paling risau adalah...... mak Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak Bila ada masalah, yang paling risau.... mak Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak Yang selalu berleter kat aku... mak Yang selalu puji aku.... mak Yang selalu nasihat aku.... mak .. Renungkan: "Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata jika kita mendengarnya.........

Tapi kalau mak sudah tiada..... ...... MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT.... Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya.... berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya..... berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya....... berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya....... berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya..... berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......


Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.002) Tolong jaga adik : RM4..003) Tolong buang sampah : RM1.004) Tolong kemas bilik : RM2.005) Tolong siram bunga : RM3.006) Tolong sapu sampah : RM3.00Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA .Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku

AH SENG AR...

Makan lagikan..Lantakla,Asalkan aku puas..hahhahahah..Lepas habis jalan-jalan aku pegi makan kat Topspot..Ingat nak makan kat Ah Seng, Tapi tutup pk malam nih..Tak pe la makan kat kedai sebelah je la..Apa nama kedai lupa pk nak tengok..Tak pe la janji Halal,itu yang penting..inilah makanan antara yang diorder..Udang kara masak pedas,butter Prawn,Sayur campur..



ni yang aku paling suka,sedap..kepada kakak-kakakku jgn jeles ye,nanti dtg sini aku bwk gi kedai mkn nih..




Butter prawn

kulit je yang tinggal


Damai RAsanya...

Pagi hari minggu yang lalu, aku kepantai,pukul 7 pagi aku dah pun sampai..Dari pantai ke rumah aku x lah jauh sangat,jalan kakipun blh sampai, kalau kat sini pukul 7 pagi tu, kira dah lewat jugakla,sebab cuaca kat sini cepat panas..So oleh kerana tak nak panas,kitorngpun gerak awal..Sempat mandi manda kejap...Aku nih x berapa suka sangat mandi pantai,aku lebih suka air terjun..Lepas dah mandi manda, pegi makan pulak,Biasa ar, Laksa Swk ar..Apa lagi..Makanan kesukaan aku..


Kalau kat Kl susah nak cari pantai.

Thursday, May 7, 2009

MALAM SDO

Malam bersama SDO, diadakan di Hotel Fourpoint..berdekatan dengan airport Kuching..Acara bermula pada pukul 7.30mlm..Aku sampai agak awal, sejak tengahari lg, tapi sempat pulang umah dan sampai pukul 6.30ptg di hotel..Penat balik Kl pun masih terasa lagi, 2 hari aku mencari hadiah bersama teman ofc,penat kakipun tak hilang lg nih(haruslah pegi massage lepas nih)...




Antara makanan yang dihidangkan..Boleh tahanla jugak.(kulit udang yang tgl)






Persembahan tarian, sebelum makan (semua dah tak sabar nak makan.

Hadiah cabutan bertuah yang aku dapat ( uwaa,set pinggan mangkuk)


Tuesday, May 5, 2009

Makan-Makan

makanan yang dal lama aku idamkan sejak berada di Sarawak nih.. steamboat Di Johhnys..Sedap gila..Makan pk ngan memebr aku..Tak terkirala..Menyelerakan...




Bestnya..Sedap nih..


Dah sampai KL

Aku dah sampai kl.Penat tak terkirala (bukan aku yg bwk kapal terbangpun)hahahhah.Sampai je Kl, terus aku terbang ke tempat kat bawah nih..hilang stress weh...Kalau korang pandai teka kat mana nih, cuba la teka kat mana aku pegi...