Wednesday, September 2, 2009

Tolong Menolong

Salam..everbody.....

Sudah masuk bulan september..sudah tinggal suku thn saja lagi untuk kita mengakhiri tahun 2009..Apa yang sudah aku capai untuk tahun 2009 ni...Rasanya banyak yang sudah aku capai, walaupun bukanlah mencapai azam yang aku inginkan..Tiap-tiap tahun azam pasti akan berubah,tapi dapatkah kita mencapai target azam yang kita inginkan, tepuk dada tanyalah selera...

Sebenarnya kat sini aku nak berkongsi cerita yang aku lalui malam tadi, waktu aku melalui jalan di Satok nih, aku berenti sekejap kat sebuah bank yang terkemuka kat Sarawak nih (tiru bahasa buku)Apa yang sedihnya ialah ada seorang budak lelaki sedang menjual sayur sawi dan juga cili api..Apa yang menyayat hati ialah aku tengok bajunya lusoh,kemudian datang seorang kakak bertanyakan pada budak lelaki nih.."kitak udah sungkei kah"maknanya dia tanya budak nih dah bukak puasa ke belum..Budak lelaki nih menggelengkan kepala tanda belum..Sedihnya aku tengok..Mana peginya mak bapak budak niih..Bersekolah kah dia,kat mana tempat tinggal dia..

Moral story yang aku nak kongsi bersama ialah..Selama nih aku tidaklah menggalakkan sekiranya, kita memberi sedikit derma kepada pengemis jalanan di Ibu Kota, kerana mereka ini mempunyai agen-agen yang akan mendapatkan duit mereka..Tapi hari baik bulan yang baik nih, apa kata sekiranya kita memberikan sedikit sedekah,derma yang tidak seberapa kepada mereka yang memerlukan..mungkin dari derma yang tidak seberapa itu dapatlah mengurangkan sedikit beban kepada mereka yang memerlukan.Dalam kita sibuk bergembira, masih ada orang diluar sana yang memerlukan pertolongan dari kita.Bagi aku, lagi banyak sedekah yang diberikan lagilah pintu rezeki akan terbuka..Tak salah walaupun hanya 1rgt didermakan...Renung-renungkan dan selamat beramal....

No comments:

Post a Comment