Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Friday, March 19, 2010

Bekerja sambil becuti

Minggu lepas, aku ditugaskan untuk pergi ke Lundu, untuk chek rumah PBR...Tapi aku bukannya pergi seorang, tetapi lapan orang..dan dipecahkan kepada 4 kumpulan..kerana rumah yang kami perlu periksa ini sangatlah jauh...Aku bersama seorang lagi rakan aku, Hasnol, kawasan yang aku dapat sangatlah jauh, sehinggakan sampai ke sempadan Indonesia, iaitu kampung Biawak...Sangat jauh dan sungguh memenatkan...Tapi sudah dianggap biasa apabila berada disini...Perjalanan dari satu site ke satu site mengambil masa 1jam...Itulah yang memenatkan..Tetapi aku bernasib baik walaupun site jauh, tapi kerja yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh..BAyangkan hari pertama saja kami sudah dapat memeriksa 7 buah rumah dan hari kedua 9 buah rumah..Jadi hari yang seterusnya dapatlah merilekzkan diri dan hanya membuat report sahaja...



Pada hari pertama dan kedua dan ketiga kami menginap di Rest House, dan hari yang seterusnya apabila semua kumpulan telah menghabiskan semua rumah, kami berpindah ke Chalet di kawasan lundu juga, jadi dapatlah bercuti seketika dan dapatlah menghabiskan masa untuk beristirehat...Memang best...

Tuesday, September 15, 2009

SakitNye.....

Salam...n Gd Morning...

Jam sudah menunjukan pukul 2.30pagi..Aku tak dapat tidor lagi, sakitnya rasa..Nak drive pegi klinik, rasa tak larat betul..Berdenyut-denyut pulak sakit nih..Letak minyak panas je la..Harap-harap lepas makan pankiller ok lah lepas nih..

Aku balik dari ofc agak lewat jugak 2-3 hari nih, nak settlekan keja-keja sebelum aku bercuti raya..Hari nih saja aku rasa, aku dah settlekan payment berapa k agaknya..Kalaulah separuh k tu jadi milik aku kan best...Hahahaha..Beranganla pulak..Bilalah nak kaya nih...Nasib baiklah semangat nak balik raya berkobar-kobar, bestnya..tak dapat digambarkan betapa aku nak balik kampung sangat-sangat...Ye lah last aku balikpun bulan 3..Dah lama gak tue..So balik nih nak makan macam-macam kat kampung, yang aku tak dpt makan kat sini,hahahhaha..k lah..bye...



Betapa bersserabutnya meja aku..Dah tak blh nak letak brg..



Aku dah bosan, Chek baucer....Sakit kepala,sakit badan,sakit hati..semua sakit..Tension...

Monday, June 15, 2009

KeJa.....Keja....

Bosannya aku ngan keja...napela asyik2 keja jer...Aku masih tak paham dengan sistem kerja yang digunakan kat sini...susah betul aku nak cepat tangkap...Nape la keja gomen macam nih...Aku blh jadi gila macam nih...Dulupun aku keja gomen gak..tapi cepat gak aku blajar...Napela skrang nih susah betul aku nak paham...Ahli Parlimenlah, Yb tue, Yb ni lah...Hai macam-macam......




TOLONG.....TOLONG..............HELP ME........





Kalau ada sesiapa yang boleh bagi idea untuk aku menghilangkan stress aku..bolehlah di berikan pendapat pada ku....Dah tension tahap gaban dah nih....

Friday, May 29, 2009

Bercuti....

Ye...ye.....aku akan bercuti hari isnin dan juga selasa....so dapatlah skt restkan kepala otak yang berserabut nih...Dapat melupakan seketika urusan kerja...
Penatlah rasanya hari nih...Banyak betul settlekan kerja...kenapalah kerja aku tak jugak habis-habis...lagi bertambah banyak lagi adalah..dah la member aku cuti 2 minggu disebabkan menyambut perayaan gawai..Tak pelah hari Raya nanti pu aku nak cuti 3 minggu pulak ( balas balik)hahhahahaha..Kepada my friends Selamat Menyambut perayaan Gawai....semoga bergumbiralah hendaknya...
Semalam aku ada call family kat kg, boleh pk mak aku tanya nape slalu pk call nih..(aku bukan apa, hari minggu lepas abah aku asyik call je,tapi aku keja so x dptlah jwb call, ni bila aku call dia blh pk tanya aku) Hati seorang ibu susah untuk difahami..hehehehehhe..jangan risau mummy anakmu kat sini ok jer..

Tuesday, May 26, 2009

Kerja...Gi Site...

Aku pegi site di Padawan, jauhlah jugak dari bandaraya Kuching...Ada 5 tempat yang aku lawati untuk aku membuat Bq...Penat jugaklah, cuaca kat sinipun sekejap hujan sekejap panas terik, manalah tak demam...Perkampungan yang aku pegi nih kebanyakannya orang Bidayuh..So aku memang tak paham langsung apa yang mereka cakapkan..Lepas nih kena blajarla ckp Bidayuh plak..Cakap Iban aku dah blh paham skt2...

Penat tak terkatalah bila dah pegi site nih..tapi nak wat camner..keja katakan...



Sungai di Samarahan...kena naik perahu nih...

Saturday, May 23, 2009

kerja..kerja...

Pagi-pagi lagi hp aku dah bising-bising..Aku datang ofc..KP datang hari nih..Yang Kp pun datanglah waktu bekerja yang ganggu waktu cutti kenapalah..Macam nih lah bila dah cari baucer untuk projek..bersepah-sepah aku cari..nasib baiklah jumpa..





Nasiblah jumpa..tapi tengoklah bilik aku..bersepah-sepah...

Friday, May 22, 2009

NAK CUTI..................

Aku nak cuti panjang.........TApi tak tau lulus tak lulus...Hai..bulan 6 dan 7 nih dah la aku ada exam................Penatlahhhhhhhhhhhhh.....NAK CUTI................NAK CUTI.......................NAK CUTI.................kursus bulan 6 ni pun tak tau jadi tak jadi..Kalau jadi pegi LAngkawilah aku....Kepada kakak-kakak aku no order2 periuk belanga ok.....Berat nak bawak...........Heheheheheh

Saturday, April 18, 2009

HARI SABTU

Hai..pagi2 dah kena masuk ofc walaupun hari minggu..Nak buek camnor kenala keja..Mgu depan dah ada pra audit.MAcam-macam kena buat..Ntahla prosedur kerajaan agaknya..Sengaja nak berlambakkan keja yang dah sedia berlambak-lambak..Nak Rilek kat umahpun dah x boleh...Terpakso lah.

Wednesday, April 1, 2009

AZAM DI BULAN APRIL KAH ????

Salam..

Sekejap je dah pun masuk bulan April, ini bermakna dah 4 bulan aku berada ditempat yang agak asing bagi diriku.Ntah kenapa aku agak susah nak suaikan diri bila berada ditempat asing nih.Slalunya aku nih cepat je serasi.Tapi mungkin aku terkena kezutan kot.Fikiran nih selalu jerk teringat-ingatkan keja lama aku.Kata orang bila kita nak keja,keadaan sekeliling,orang-orang nye,barulah semangat keja akan datang dengan sendirinye.
Terfikir jugak aku, kenapa perlunya kerajaan untuk menambah kakitangannya yang dah sedia ada.Aku lihat x ada guna nya pun ditambah kakitangan yang sediaada, tapi keja x jalan kemana.Datang ofc setakat punch kad,keluar minum pagi,borak-borak kosong, time lunch keluar makan kat luar, masuk ofc pukul 3ptg, borak-borak kosong, pukul 5.00 dah balik umah. Tiap-tiap bulan gaji masuk.Aku bukan hendak menyalahkan sesiapa,tetapi aku kesal dengan sikap sesetengah orang yang bersikap sedemikian rupa.Bila ada staf baru yang masuk so mentaliti merekapun samala kepada staf yang lama.
Ini lah yang telah aku nampak sekarang nih.orang atasan yang bergaji besar hanya goyang kaki,sedangkan yang berpenat lelah membuat kerja or menyelesaikan tugas adalah orang bawahan sahaja. Sorryla to say, tak guna sekiranya ada degree or master sekalipun tapi bila disuruh buat kerja hanya menggelengkan kepala. Risau juga bila memikirkan apa akan jadi pada masa akan datang sekiranya cara kerja yang sebegini tidak diubah.