Friday, November 13, 2009

Risau & takut....

Salam.....
Sudah lama tidak mengupdate blog ku ini, tapi masih belum bersawangkan...masih ok lagi, walaupun pos aku hanya satu untuk seminggu...Aku bukannya apa banyak benda yang nak ditulis, cuma tidak berkesempatan ..Bila kat ofc tue macam-macam bendalah nak buat pasal keja, bila dah balik umah banyak pulak benda yang nak disettlekan...Fb pun aku dah tak seaktif dulu, dah jarang berbanding dulu...
Sebenarnya apa yang nak aku kongsikan bersama ini tidak ada kaitan dengan sesiapapun..Terlebih dahulu aku ingin memohon jutaan maaf sekiranya aku ada berbuat salah dengan sesiapa saja.Terkasar bahasa sama ada secara sengaja mahupun tidak sengaja.Terutama kedua orang ibubapaku, adik beradikku, sedara-mara ku,anak-anak buahku, kawan-kawanku serta sesiapa saja yang mengenali diriku. Aku hanya manusia biasa yang tidak lepas dari membuat kesalahan dan kesilapan, bagiku aku seperti bayi yang baru lahir..belajar dan terus belajar...Sekiranya aku membuat kesilapan tegur dan bimbinglah aku...
Cerita ini tidak ada kaitan dengan sesiapa pun...
Seperti biasa semalam lepas habis kerja aku pulang umah, bila aku nak bagi Mickey makan aku tengok, habis pulak makanannya..lepas aku mandi n bersiap-siap akupun start keta nak pegi beli makanan..Sian pulak kat mickey..takut esok aku x sempat lagi nak pegi beli...so akupun pergilah beli dikedai yang selalu aku kunjungi..Dalam perjalanan aku diekori oleh kereta yang tidak aku kenali..Semakin rapat kereta itu mengekori aku dari belakang..dan kemudian seiringan dengan kereta aku..Sudah ler asyik membunyikan hon..aku yang dalam keadaan takut tidak ler sempatnye nak ambik no plat kereta..Aku tidak tahu apakah motif sebenarnya...Tidak kiralah apa saja kesalahan yang dilakukan olehnya, aku maafkan dan begitu jugalah dengan aku...Setahu aku, aku manalah ada musuh kat sini..Ntah ler..kekadang kita tak tahu apakah niat seseoarang itu...Cuma lepas nih aku akan lebih berhati-hati..kena pasang bodyguard nih nampaknya..hahahah.

No comments:

Post a Comment