Thursday, February 26, 2009

KeNaNgAN BeRsAmA....

Assalammualaikum....

Pagi-pagi masuk ofc macam biasa, hari ni adalah hari terakhir untuk member-member aku kat ofc ni,lepas ni diorang akan berpindah ke Pejabat Daerah Sibu,Betong & Miri..So ada Farewell ke...Ntahla, mbe kitorang je kot yang buat. Tapi x kirala betapa jauhpun mereka, persahabatan kami akan kekal selamanya (ye la mak jauh ayah jauh). Nak dijadikan cerita peristiwa yang x kan aku lupakan sampai bila-bila ialah apabila smalam, berlakunya peristiwa sedih..X pe la apa yang dah berlaku biarkan berlaku. Kita sebagai manusia x penah lari dari melakukan kesalahan dan kesilapan (bukan semua orang perfect). Lupakanlah kisah-kisah sedih, kita mulakan hidup yang ceria dan gembira hari ni..Lagi 1 minggu aku akan balik ke KL,Yahooooo x sabar rasanya.Rupa-rupanya terasa juga bila hidup berjauhan ni dari keluarga, kalau dulu waktu aku duduk di Puchongpn x lah selalu aku balik kampung, tapi disebabkan aku mempunyai ramai kakak-kakak & abang jadi x lah terasa sangat..Sekarang ni dah semakin kerap aku menghubungi mak & ayah aku di kampung, sampaikan mak akupun hairan dan bertanyakan mcm ni lah bunyinya ( ada apa nih, dok telepon slalu nih ) heheheh...dia x tau yang anak bongsu dia nih rindukan dia....Aku baru dapat tau yang mbe aku akan balik selama 1 minggu mgu depan, tapi surat untuk berkursus belum aku terima lagi. Kalau jadi aku kursus mgu depan bermakna aku akan menetap selama 10 hari..(boleh kot balik kg nanti)..

Wednesday, February 25, 2009

MaKaN OH MaKaN...



Biar apa orang nak kata pasal blog aku nih...aku peduli apa..hahahah(apesal angin pk pg2 nih)ada ke diorg kata blog aku nih blog makanan je..Ni la tempat kitorang dinner smlm sebelum 2 orang member aku pindah..D'airiz nama kedainya,pehh..dia punya tomyam memang best giler, memang orang Thailand yang masak..Sampai skarang aku masih terasa kelazatan tomyamnye..So blhla aku rekemenkan pada MAria Tunku Sabri kalau dia datang cni nanti..Arganya boleh tahanla mahal la gak..NAsi saje RM17.00,Tomyam RM28.00,Ikan 35.00 tapi berbaloila kalau masakannya marveloss..Sedap..Yang member aku lagi sorang tue order Bihun goreng,tapi aku rekemenkan tak payahlah try sampai bila-bila sebab rasanya memang tak sedap..Lupa pk smalam ada order kerabu betik ala, ala-ala som tam gitu and rasanya x dapat digambarkan..(x blh letak lebih-lebih gambar nanti korang jeles)..Dan selepas selesai makan kitorang menuju ke WaterFront sambil menghirup udara malam...

Monday, February 23, 2009

KeJa Ke AKU...

Hai..Bosan gak hari-hari datang keja ni, tapi x buat keja ( makan gaji buta ke )Napela kat Malaysia nih diorang x buat 2 hari datang keja 2 hari cuti, kan best.Mesti semua pekeja akan bekeja dengan Dedikasi..Pagi-pagi sampai ofc dah sakit perut..ish..dah kena pegi jumpa cik Tan...( buang dululah )..Lega rasanya lepas dah habis buang...Apa aku nak buat hari nih..Perkara pertama yang aku nak buat ialah follow up balik aku punya keta..Bilala diorang nak shipping keta aku..LAmbat betul..Aku pun call HQ tanya, diorang kata LO semua dah siap cuma tunggu pihak syarikat yang akan shipping keta aku dari KL ke Kuching...Nama nya Awang Iman dan dia berjanji 2,3 hari lagi keta aku akan di uruskan.Kalau dia tipu aku siapla aku sunatkan dia lagi skali..Susah juga kalau kat cni x de transpot, x boleh gerak kemana-mana..Pengangkutan awam apatah lagi memang jarang-jarang boleh dapat kat Sarawak ni..Kalau jumpapn jarang-jarangla..Lepas tue aku bertanyakan pasal aku punya claim, ish lambat betul urusan kalau bekeja ngan gomen nih..Bila keja nak semua cepat tapi bila claim aku diorang buat lambat-lambat je..Tue pun claim yang bulan Dec tak dapat dibuat, kecewa juga..Tapi x pe la nak buat cmner..Terima la seadanya..Buat je la claim yang Jan jerk...

Sunday, February 22, 2009

LuNdU...



Pagi-pagi aku datang keja,aku dikejutkan dengan kematian sorg staff kat ofc aku ni..Arwah Syukur,semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama org yang beriman hendaknya.Aku sempat melawat jenazah arwah dirumah ayahnya.Aku x berapa kenal sgt dengan arwah,tapi arwah penah belanja kami mkn chicken wing,x kirala berapa byk dosa arwahpun,kita sebagai manusia haruslah saling maaf sesama kita.x gitu..cewahhhh..pandai pk aku. Lepas je aku balik dari umah arwah aku pegi site Di Lundu..Melawat 1 umah yang hampir roboh,sian jugak aku tengok keadaan umah ni..Aku akan cuba untuk membantu keluarga ini..Habis je dari melawat umah,kami ke tepi sungai..Member aku cakap kalau ada bot boleh pergi menyeberang sungai ni..Sungai nye agak besarla jugak..kemungkinan juga terdapat buaya didalamnya..Sampai ofc hampir pukul 2.00 petang...

HaRi MiNGGu...


Hari Minggu adalah hari untuk berehat-rehat dirumah..Agak awal juga aku bangun pagi ni..kemas-kemas umah,basuh baju,masak jemput-jemput ( x sempat nak ambik gambar sebab member aku dah habiskan ) sedap la tue..K.Pah hantar sms suruh datang umah dia sebab dia masak laksa swk(hai boleh berak laksa je ni) so kitorg pun apa lagi bersiap-siapla untuk pegi umah dia..Erk...Kenyang..lepas habis makan je aku n member-member pegi ofc sebab minggu ni kitorg ada dinner(so akupn join untu lagu sway,layan jela) praktila sampai pukul 5.00ptg..Member aku ajak pegi main bowling kat Riverside..aku ikut je..TApi penuhla pk..so jalan-jalan je la kat situ..Ingat nak cari baju untuk dinner tapi tak de yang sesuai dan menarik..Gambar aku ni diambik dekat je ngan umah aku..cantik kan..Ala-ala macam Oversea gitu..ada kapal ( kapal TitaniC )hahhahaha....

SEDap...



Erk..Alhamdullillah...Berselera betul bila pekena laksa swk ni..Puas rasanya..KAlau makan kat kedai harga utk special RM 5.50.(udang dalam 8 ekor)beza yang special dan yang biasa..Bila makan yang buat sendiri ni x de masalahla nak letak udang,ayam banyak..Kalau dulu bila kakak aku yang kat kg buat aku x berapa bekenan ngan laksa swk ni, tapi skarg ni kalau blh hari-hari nak makan..Aku pun x ingat brapa mangkuk aku makan hari ni..Bila dah perut kenyang tue matapun mulala ngantuk..(sempat tido jap)..Bangun je dari tido, semua perut dah mula rasa lapar balik (k.dayang ngan Hamzah) masak jemput-jemput sotong, apa lagi makan je la kan..Sedap juga ( akan aku praktikakn bila balik semenanjung nanti )..Tengok-tengok jam upanya dah pukul 5.30ptg..Operasi pegi Samarahan..YAho.....

SabTu Yang Damai...


Awal betul pagi ni aku bangun..maklumla hari ni aktiviti aku pegi umah member aku..apa lagi proses menyediakan laksa Sarawak..inilah bahan-bahan yang diperlukan..Ayam yang direbus kemudian dicarik-carik,,Udang,telur,dan yang utama rempah..Tapi disebabkan housemate aku bangun agak-agak lewat gak kitorang sampai je kuah dah pun tersedia..(x sempat nak blaja) x pe la lain kalila..layan je la gambar-gambar ni....

JuAdah SeBeLum TiDO..



Bila dah balik dari ofc lewat-lewat ni perutpn terasalah amat laparnya...kitorangpn pegila beramai2( 3 buah kereta ) ingatkan tadi nak makan ayam penyet..x jadilah, hari-hari mkn ayam penyet, nanti mukapn terpenyet,hahhahaha.so pilihlah kedai yang berhadapan dengan kedai ayam penyet..dan inilah menu yang aku selalu aje pilih bila datang swk ni..teh o peng dan kuew tew goreng seafood..Slalu aku makan sedap kat kedai ni,tapi malam ni kurengla plak..tukar tukang masak kot.Macam tue la kalau kedai makan melayu selalu je berubah rasa..Member-member aku ada yang order sup cendawan,kuew tew hong kong,nasi goreng ayam,.mee kolok..tengah kitorang berselera menjamah makanan masing-masing, tiba-tiba member aku yang sedap makan kuew tew hong kong menjerit..anak lipas dalam pinggan dia...uwekkk..rasa nak termuntahpn ada..dah nak habis baru jumpa..Pandai betul anak lipas tue sorokkan badan..RAsa macam nak saman je kedai makan tue...kitorang pun buat bodo je la...x nak la heboh-hebohkan pada tuan yang empunya kedai..BIor Je la....( Nasib bukan jumpa dalam pinggan aku tadi )

Friday, February 20, 2009

Sungai ReJang....


Jam dah hampir pukul 9.00mlm, rajin aku kan masih x balik umah lagi.Nasib la aku ada blog ni,x la bosan sgt,,Ni pun beria-ria kakak aku suruh aku buat blog ni,kalau x haram aku nak buat..x rajin ler nak memerah otak nak taip..Tapi rupa2nya best gak tulis blog ni..Dah jadi macam diari aku dah..Ha..ni la Sungai Rejang,ala yang ada buaya tue ( bujang senang )..Mula-mula aku datang aku ingatkan Sungai Rejang ni
laut ( besar giler sungei ) x penah aku tgk sungei bsr cm ni..kalau jatuh dlm sungei ni konpem kena baham ngan buaya ( simpang jauh-jauhla )..Macam ni lah hidup aku di Swk ni, ini lah kerja aku menolong orang yang memerlukan bantuan..kekadang tue diorang tak tau yang aku ni lagi susah dari diorg,hahahha..Kekadang nak gi site kenala naik bot panjang ni menyeberang sungei..Kalau nasib tak baik,air pasang ataupun banjir kenala bermalam di dalam kampung,tgulah sehingga air surut dahulu..Ini lah kehidupan, bukan senang nak jadi senang dan memang senang nak jadi susah...hayatilah bersama...oit..penat dah ni dok taip dari tadi...esoklah plak...BALIK DULU YEE..CHOW DULU....

KeNaNGaN TeRiNDaH..



Salam semua..Bila aku tengok balik gambar ni, sedih rasanya kenangkan balik waktu aku bekeja kat jkr Selangor.Best giler, aku tau bos aku mesti terasa sebab aku x pilih untuk berada di Selangor,padahal surat dah pun dibuat untuk aku stay di sana.Gambar ni pun diambil hari last aku disana.Siap ada makan2 lagi.Tanks a lot pada semua yang bersusah payah buat majlis ni yang akan aku ingat sampai bila-bila. Maaflah pada kalian semua, bukan aku tak nak stay kat Selangor tue, tapi bagilah aku peluang untuk menimba pengalaman yang aku tak boleh dapat di sana..Maybe 1 hari nanti aku akan balik untuk berkhidmat di Selangor (tunggulah ketibaan aku )terima kasih En.Alias,Fiza,Zima,K.Ifa,En.Khairul,En.Raja,K.Izan,Lina,Fadhil & tak lupa utk Abg K.ifa @ Abg angkat Fadhil (hahahahhaha) sebab byk kutuk dia kan ( x sempat nak mtk maafpn hr tue ).Tank q kalian semua sebab banyak bagi tunjuk ajar dan sory kalau ada salah silap ( mcm hari raya pk )k lah..mata dah ngantuk ni, tapi masih kat ofc lagi..huahauhaua nak balik umah....

Wednesday, February 18, 2009

InILAh SiTe Aku...



Ini lah tempat-tempat yang aku lawati hari ni..Pertama skali aku pegi kat Pasir PAndak..Laluan pejalan kaki dan juga Jeti, Korg mesti tertanya-tanyakan sebab apa aku memilih Sarawak sebagai pilihan aku untuk bekerja,Member-member aku mengagak aku membawa hati sebab tue aku pilih tempat yg jauh (ish..Tolong skt ) mentaliti member aku yang x boleh pakai langsung .Bukan aku tak nak duduk dekat ngan mak ayah aku, tapi kalau boleh biarlah aku mencari rezeki dan merantau ditempat org dahulu. Korang cuba tengok lelaki dalam gambar tue, lelaki tua yang sedang cuba mengangkat kayu-kayu api untuk kegunaan rumahnya. Betapa bersyukurnya aku kerana dilahirkan serba lengkap segalanya.Terima kasih MAk Ayah.kerana bersusah payah untuk anak-anakmu..Korang x kan dapat tengok semua ni kan semenanjung.Sebab tu lah aku nak datang sini,nak tolong org Swk..

KeReTA SiTE.


Pagi ni aku nak gi site,ni la keta yang akan membawa aku ke site..Dari perceritaan rakanku site ktorg x lah jauh sgt,tapi byk tempat hari nih aku nak pegi..Perjalanan dari satu site ke satu site boleh tahanlaaa...jauhla juga..(tipula member aku tue cakap dekat)hampir terasa kebas la juga bontot ni akibat duduk terlalu lama didlm keta..

Nak KUrUS...



Lepas je balik dari main Futsal malam tadi (frust sebab kalah) kitorang lepak dulu kat Kg.Boyan (apa lagi pekena chicken Wingg la) macam x pecaya je,habis pk tue makan..hai kata nak kurus tapi makan banyak...Camner tue..Sape Blh tlg jawab tak?...

Ni lah aktiviti malam aku,sampai je umah pukul 5.30(kalau keja x banyak)aku dan member2 ofc aku akan main FutSal..Aku adalah Striker utama,macam x pecayakan..tapi Malam tadi nasib x menyebelahi aku,tiba2 kecederaan kaki aku berulang kembali.Aku sempat menyumbatkan hanya 1 GOLL tunggal group aku...Dan Group ktorg dibelasah(ntahlah x sempat kira brapa gol diorg masukan)aku hanya memandang dari luar..sedih gak,tapi nak buat camner,sakit giler..Teringat aku pada group futsal aku kat KL..Aku rindukan korang semua..

LakSa....OH LAksA....


Ni la laksa Penang yang aku masak,sedap.....

Tuesday, February 17, 2009

RuMAhKu....SyurGaKu...


Wahai Rakyat-rakyat jelata sekalian,inilah tempat dimana aku diam sekarang(diam tue maknanya tinggal la,org swk panggil) besar gila umah ni.3bilik & 3 Bilik air, so ktorg semua x perlula nak berebut2 gunakan toilet(biasala pempuankan)nampak dari luar,macam cantikan(tapi sememangnya cantikpn)kat umah ni ktorg tgl 5 org,tapi lepas nih...aku tgl 3 org je..yang lagi 2 org member aku tue,aku dah suruh berambus dari umah tue(diorg kena pg Sibu n Betong)Hahahha...aku??tetap stay Kuching..x pe la,ni la pengalaman hidup yang x boleh dicari kat mana2...Bila lagi nak merasa pegi keja naik bot kat sungai Rejang,diekori oleh anak2 buaya...
Erk...hahhaha..sampai tinggal tulang...mana tak nya..dah geram sangat kat kakak ofc aku tuh..kalau dia ada pun ngan dia skali aku makan...(sanggup ke)..

MakaN MaLAM..AYaM PeNyET..

Ni Lah Ayam Penyet..Sebab apa dipanggil ayam penyet??sebabnya sebelum dihidangkan ayam ni akan dipenyet2 dulu..ntahla,aku nampak sama je,x de bezapn..dimakan bersama nasi panas dan sambal pedas..sedap..kat kuching ni ada 1 kedai je yang sedap...so,pandai2la korang cari kalau datang sini...

BoSaNN...BOsAnNN...

Jam dah dekat 6.30ptg,aku x balik umh lg,,bosannya..gerampn ada..hari ni kena tinggal lg ngn kakak kat ofc ni..hai,apala nasib.Aku n member2 aku dah biasa ditinggalkan..oh tidak..kami hanya lewat beberapa minit sahaja,ini x adil btl...nak jerk aku bakar keta kakak ofc aku tuh,tapi nanti ktorg nak dtg keja naik apa pk..tgula keta ktorg sampi..lepas ni ktorg pk tglkan dia...Geramnya,,dah la 1 hari x makan lagi..masing2 teringatkan laksa Penang yang aku buat semalam..semuanya memuji sedap..hahhahahah..(memang sedapn)almaklumla dah lama x makan masakan semenanjung...asyik makan laksa Sarawak je..Susah betul nak dapat masakan semenanjung yang sama rasanya ngan sana...Aku rindukan Roti Canai MAmak..Teh TArik,Sate Kajang..(pttla ramai yg kata aku dah kurus)Upanya x cukup makan...mesti mama aku sedih tgk aku kurus(Plzz).....

Monday, February 16, 2009


Gambar ni diambil cukup sebulan aku sampai di bumi Sarawak..Nampak je muka aku heppy tuh..tapi sbenarnya aku rindukan Malaysia(bak kata housemate aku)koya la..perasan mcm dah dok oversea..cantik betul pemandangan pantai kat sarawak ni..rugi kalau x dtg sini...

Apa benda Nih...

Mesti tertanya2 apa benda la nih...Kalau pandai teka la...Nampak macam ulatpun ada,siput??mungkin tidak...Lu pikir la sndr...

LaYaN Je LA Ye.....

Nikmatilah pemandangan alam yang tak boleh dapat kat Kl....

Ni la manok yang member ku telah ubah suai dan di perap...untuk di jadikan santapan tengahari ktorg semua..pehh...leleh air liurkan..

persediaan nak pegi camping...


Ini lah brg2 aku punye,nak bwk g camping.Nsb baiklah ada member2 yang berjaya hiburkan hati kamek yang lara ni.ktorg g camping kat matang water park(kalau x salahla)

kereta aku..


ha..Mesti korg tekezut tgk keta ni..gara2 gambar ni la menimbulkan kemarahan hati aku..aku ckp kat kakak aku,yg aku beli keta ni..ada ke patut dikhabarkan pada seluruh org kg...ish..ishh..kakak aku kat kg pun pecaya la..cantikan keta ni..ni la keta pakwe aku,baru beli tue....hahahahha
yang kakak aku pun nape la dia pcaya tue keta aku..dia x nampak ke plat keta tue plat labuan,ada ka patut..x patut langsung..dah hari tue mama n papa aku baru balik dr umrah..ishhaku ni dah la sedih x dpt ambik kat klia,dia buat aku geram pk tue,nasib baik tak jadi org hijau...kalau x,dah lama aku makan kakak aku tue,tau la dia tue wartawan..

Ni kucing kamek..(dah pandai guna bhsa swk)comel..tapi dah jd arwah..hhuhuhu..biasala bkn kamek yg jaga..nama dia mickey,umur dah tua dah..hahhahha...
tak susah sgt nak jaga dia sbenarnya,bg mkn ngn minum je..

same ar yg ni pn.....

Nih...kakak kamek la nih..sibuk2 nak sgt tgk tikar swk...cantik tak???
sape nak order dipersilakan..

Sunday, February 15, 2009


jeng..jeng..ini lah rupenye kek yang ktorg bertungkus lumus buat...besar gila babe...penat tue..kat kedai konpem korg tak blh dapat kek sebesar ni..cantikan?...secantik aku..hahahahha..bukan aku yg cakap tapi boz aku..hahhaha..kot2 ada sesapa yg nak order blhla order kat aku...(hehehehh)
Ni lah aku punya gerai..mesti nampak sedap kan...

boz aku...

Kalau nak tau ni lah boz aku yg aku asyk puji2 sgt tue..hensem tak???
aku x pnh jumpa bos aku yg sebaik2 mcm dia..
terlalu baik giler..ish aku ni terllalu memuji dia..ahakz..tapi betul, dia memang baik,tak penah marah staff kat ofc tue walaupun ada yang wat salah..
lupa pk aku nak ceta ofc aku ni hanya ada brapa org staf je.x ramai sgt.kami la yg bertungkus lumus kat jkr selangor bahagian pendidikan..
aku jaga 2 kawasan je..iaitu hulu langat ngan Petaling.Wlaupun nampak kecik,tapi mak ehh, banyak btl projek kat dua daerah ni..

Thursday, February 12, 2009

waktu saat2 akhir di jkr selangor


pagi2 aku dah sampai kat ofc...semangat babe..ada jamuan raya..kitorg ditugaskan utk menyiapkan kek yang sebesar gunung...kira kitorg di bwh pendidikan kena nampak mcm gah la juga,walaupun sebenarnya x la gah sgt..hahahah(marah bos aku kalau dia tau,ampun bos)..ni la bilik tempat kitorg slalu rehat,tidor n smyg.nampak kecikn tapi mcm2 blh buat kat dlm tue..best giler..wktu aku keja kat jkr Selangor ni..pendek kata hepy memanjang....heheheh tambah dapat bos yang sporting gila..