Tuesday, April 27, 2010

Abah

Abah..seorang lelaki yang aku paling hormat, yang paling aku sayang...Usianya sudah menjangkau hampir 76 tahun, tetapi kudratnya dan tenaganya masih lagi kuat...Dia mampu kesawah, membanting tulang sehingga sekarang...Kali terakhir aku menatap wajahnya ialah sewaktu keuarga aku mengadakan hari keluarga di Port Dickson pada bulan 2 yang lalu..Aku bukanlah tidak mahu pulang..Bah kan kalau boleh tiap-tiap bulan aku ingin menjenguk kedua ibubapa ku di Kampung...Hanya telefon sahaja penghubung aku sekarang...Sudah hamppir 3 bulan aku tidak pulang ke kampung...bulan 4 yang lalu abah dan mak besrta k.long dan Abg Long tela pergi menunaikan Umrah di Tanah Suci...Aku sekali lagi tidak dapat pulang kekampung...Aku bukan sengaja untuk tidak pulang....

Tanggal 24 April Abah serta semua selamat kembali dari tanah suci..Aku memang bercadang untuk pulang tetapi takdir membuatkan aku untuk tidak dapat pulang..TAmbahan pula aku mendapat panggilan telefon dari kakak ku yang mengatakan keadaan kesihatan abah yang tidak mengizinkan...Tatkala kakaku menceritakan beberapa kali abah menyebut namaku serta terbayang2 kan aku...Hati anak mana yang tidak sayu dan sedih mendengar perkhabaran itu....Aku sendiri tidak dapat menahan sebak mendengar abah dimasukan ke wad...Aku hanya mampu berdoa dari jauh agar kesihatan abah akan pulih seperti sediakala..

Aku tidak sabar untuk pulang kekampung pada penghujung bulan 5 nanti..Aku berdoa dan terus berdoa agar kesihatan kesemua ahli keluargaku akan sihat selalu, serta dijauhkan dari malapetaka dan bahaya...

No comments:

Post a Comment